18/04/14

Cara - Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

SYARAT-SYARAT

SEMENANJUNG


    Warganegara Malaysia
    Umur 18 - 60 tahun
    Pendapatan kasar seisi rumah RM750-RM3,000 sebulan
    Tidak mempunyai rumah sendiri/mempunyai rumah usah/tidak sempurna
    Mempunyai tanah/tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan/cagaran ke atasnya.
    Tapak berkeluasan minimum 2,800kps/3,200kps/3,600kps
    Tertakluk kepada kelulusan bank


SABAH/SARAWAK

    Warganegara Malaysia
    Umur 18 - 60 tahun
    Pendapatan kasar seisi rumah RM750-RM3,000 sebulan
    Tidak mempunyai rumah sendiri/mempunyai rumah usah/tidak sempurna
    Mempunyai tanah/tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan/cagaran ke atasnya.
    Tapak berkeluasan minimum 2,600 kps


CARA-CARA MEMOHON

    Borang didapati melalui laman web SPNB / Pejabat Cawangan SPNB / Pejabat Wakil Rakyat
    Serahan dokumen kepada Pejabat Cawangan SPNB
    Proses kelulusan pinjaman daripada pihak bank


    BORANG (Semenanjung) http://www.spnb.com.my/forms/BORANGRMR2013.pdf
    Borang (Sabah/Sarawak) http://www.spnb.com.my/forms/BORANGRMR2013_SS.pdf


CIRI-CIRI RUMAH MESRA RAKYAT 1Malaysia

    Keluasan 700 kps / 850 kps / 1,000 kps. 2 Bilik Tidur & 2 Bilik Air, 2+1 Bilik Tidur & 2 Bilik Air, 3 Bilik Tidur & 2 Bilik Air
    Harga rumah RM45,000 / RM55,000 / RM65,000
    Subsidi oleh kerajaan RM15,000 / RM17,500 / RM20,000
    Pemohon mendapatkan pinjaman daripada bank dengan subsidi kadar daedah oleh kerajaan sebanyak 2%
    Jumlah bayaran bulanan tertakluk kepada ketetapan bank (termasuk kadar faedah)
    Tertakluk kepada perubahan.


Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat di talian 1-300-80-3838 atau 03-26185555 Email: pr@spnb.com.my

sumber:http://mymediahubonline.blogspot.com

9 ulasan:

  1. Tanpa Nama24.4.14

    Masalah geran lh.. 1 Geran ada 7nama.. Geran dgunakan untk sandar kat bank ke? Or sndar kat kerajaan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama16.6.14

      Saya pn 1 geran ada 5 nm.boleh ke mohon

      Padam
  2. Tanpa Nama25.4.14

    sandar kat sapa pun geran tu depa nak pegang 20 thn.sama ja kalau cagar kat bank

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama12.5.14

    mak sy dah wat rumah ni..bole ke kalo nk wat lagi sbb tanah masih luas...

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama12.5.14

    Klu geran yg ganding nama mcm mana masih boleh mohon k.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama12.5.14

    Kalau mohon ada guna penjamin tak.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama16.6.14

    Tanah Bapa saya hanya ada nama datuknya..kamu memag nk sangat buat rumah sebab skrg kami hanya menyewa bila2 masa kena klur..masaalahnya tanah bapa saya hanya nama datuknya ..adakah bole kami sekelurga boleh memohan? ? minta jasa baik untuk menjawap persoalan ini..terimakasih

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama16.6.14

    Ada tanah atas nama abg dan kakak . Nak buat rumah utk mak boleh ke

    BalasPadam
  8. Ada tanah blkg rumah di felda boleh buat ka rasanya org felda semua tk dpt pgg geran tanah... Tp ada ruang lg utk sebuah rumah.. Boleh mohon tk

    BalasPadam