Kantoi!!! Anggota Tentera Ditahan Dalam Rumah Urut | PORT DICKSON – Seorang anggota tentera antara tujuh individu yang ditahan polis dalam Operasi Noda yang dijalankan di sekitar Port Dickson dan Lukut, malam kelmarin.
Ketika serbuan, anggota lelaki berusia 31 tahun didapati sedang leka menikmati perkhidmatan seks oral daripada seorang wanita yang bekerja di pusat urut berkenaan yang terletak di Taman Seaview.
Menurut lelaki terbabit, dia datang ke pusat urut itu untuk melepaskan penat selepas melakukan tugas sebagai anggota tentera.
“Siang tadi (kelmarin) saya mengajar murid sekolah berkawad kaki menyebabkan saya penat dan kurang sihat. Sebab itulah saya datang ke sini untuk berurut. Tak sangka pula pusat urut ni diserbu oleh polis. Kalau saya tahu tempat ini salah, saya tak datanglah,” katanya yang mendakwa sudah berkahwin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, dalam operasi berkenaan seramai empat warga asing di tahan dan tiga pelanggan serta dua penjaga premis disoal siasat polis.
“Ops Noda pertama dilakukan pada jam 11 malam di Dataran Segar Lukut mendapati seorang tukang urut wanita warga Thailand berusia 37 tahun sedang mengurut seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun.
“Di dalam premis itu juga terdapat seorang lagi tukang urut wanita warga Thailand berusia 33 tahun dan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun sebagai penjaga premis,” katanya di sini, semalam.
Abd Wahab berkata, dalam serbuan kedua pada jam 11.50 malam di Taman Seaview Port Dickson, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun sebagai penjaga premis, dua tukang urut wanita warga Thailand dan dua pelanggan lelaki tempatan masing-masing berusia 31 dan 21 tahun.
“Keempat-empat tukang urut wanita itu di tahan di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1959/1963 kerana langgar syarat pas lawatan sosial sementara penjaga premis di tahan di bawah Seksyen 56 (1) (d) Akta Imigresen 1956/63 kerana memberi perlindungan kepada warga asing,” katanya.
Beliau berkata, operasi dilakukan oleh Unit Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Port Dickson dan anggota dari Balai Polis Lukut. – Sinar Harian Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan