19/04/14

Malang Nasib Pelajar Kepala Pecah Kena Bola Besi

Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah, di sini, cedera parah di kepala apabila terkena bola besi yang dilontarkan rakannya ketika menjalani sesi pemanas badan acara sukan lontar peluru di padang sekolah berkenaan, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang, mangsa, Kamil Sidqie Salim, 17, sedang mengutip bola besi yang dilontar rakannya sebelum secara tiba-tiba sebiji bola seberat empat kilogram yang dibaling seorang lagi rakannya menimpa kepalanya.

Difahamkan, mangsa terus rebah dan mulutnya mengeluarkan lendir bercampur darah sebaik terkena lontaran bola besi itu selain terdapat kesan lekukan di bahagian kiri kepalanya.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan di sini, untuk rawatan kecemasan sebelum dipindahkan ke Unit Neuro Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, untuk rawatan lanjut.KAMIL cedera parah selepas terkena balingan bola besi di padang sekolah.Hasil ujian x- ray, tengkorak tempat mangsa terkena bola besi itu dikatakan mengalami keretakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan