28/04/14

Punca Sebenar Fiza Elite Dan Adam Bercerai

Berita pengceraian artis acap kali dihidangkan pada tahun 2014 ini sahaja. Terbaru isu penceraian Adam dan Fiza dikatakan berpunca dari sikap Adam yang terlalu Obses dengan Penghijrahan.Adam AF atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman berkata beliau dan Fiza Elite bercerai secara baik tanpa sebarang tuntutan.

“Ya, hari ni sudah jatuh talak. Dan itulah ia,” katanya ringkas selepas selesai prosiding kes.Fiza Elite berkata kepada mStar Online beliau menganggap mereka berdua tiada jodoh selepas pelbagai usaha menyelamatkan rumah tangga dilakukan.“Saya anggap kami berdua sudah tiada jodoh. Siapa yang nak bercerai bukan? Tambah pula ini adalah perkahwinan saya yang kedua. Saya reda dengan ketentuan Allah,” katanya.

Fiza Elite pada minggu dikhabarkan telah memfailkan permohonan untuk bercerai namun bekas anggota kumpulan Elite itu mahu pun Adam AF enggan mengulas lanjut akan kesahihah perkara itu dan meminta semua pihak mendoakan yang terbaik.

Adam AF dan Fiza Elite bernikah pada 26 September tahun lalu selepas hanya berkenalan selama dua bulan. Hanya mereka berdua yang tahu apa sebenarnya terjadi.Melalui portal hiburan Beautifulnara, dikatakan Adam turut melarang isterinya Fiza berpegangan tangan dengannya.

Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 33, sebelum itu mengemukakan permohonon lisan untuk mengadakan prosiding tanpa kehadiran wartawan atas alasan dia adalah seorang artis dan tidak mahu masalah rumah tangga mereka diketahui umum. Mahkamah kemudian membenarkan permohonan lisan Fiza dan memerintahkan semua wartawan yang berada di dalam mahkamah untuk keluar.

Bekas penyanyi kumpulan Elite yang berjubah hitam itu hadir ke mahkamah bersama Adam serta ditemani beberapa rakan artis, termasuk rakan baik Fiza, Azza Elite.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan