Serdang:
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera parah selepas sebuah bungkusan
sampah di atas keretanya tiba-tiba meletup, jam 5.30 pagi tadi.
Mangsa
pada mulanya terlihat satu bungkusan sampah di atas kereta miliknya di
kediamannya di Taman Puncak Putera, Bandar Putera Permai.
Dia
kemudian keluar dan cuba mengangkat bungkusan sampah itu, namun
tiba-tiba ia meletup menyebabkan tangannya kanannya cedera parah.
Mangsa
yang tinggal berseorangan turut cedera di muka dan badan terpaksa
dikejarkan ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.Sementara itu,
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abd Razak Elias
mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan