10/05/14

Gambar Hakim Wanita Dipecat Kerana Bogel Dalam Pejabat

Sarajevo - Seorang hakim wanita di Mahkamah Tinggi Sarajevo, Bosnia , dipecat lantaran berjemur dan bersenam di pejabatnya tanpa pakaian .Hakim bernama Enisa Bilajac, 35 tahun, ini kelihatan bersenam sambil bogel saat berada di dalam pejabatnya sebelum persidangan bermula. Tak lama kemudian ,d ia berbaring di atas mejanya untuk berjemur .

Kejadian ini diabadikan oleh kamera dari bangunan yang terletak di seberang jalan bangunan Mahkamah Tinggi di Sarajevo .Foto itu kemudian beredar di media tempatan dan mencetuskan siasatan dalaman terhadap hakim tersebut

Kes ini kemudian ditangani oleh Suruhanjaya Disiplin Mahkamah Agung, dan Bilajac akhirnya dipecat kerana tindakannya dianggap telah merosakkan imej Mahkamah Agung .Hakim wanita itu kemudian membela diri dengan berhujah bahawa dia telah mengunci pintu pejabatnya dan perlu melakukan senaman untuk mempersiapkan diri menghadapi kesibukan pada hari itu .

Bilajac juga mengaku bahawa saat itu dia tak tahu ada orang lain yang melihatnya dari bangunan di seberang jalan .Pihak Mahkamah Agung akhirnya memutuskan Bilajac tidak melakukan kesalahan dan tak berniat merosakkan kredibiliti profesionalnya dan dia diputuskan dikembalikan ke jabatan semula

Tiada ulasan:

Catat Ulasan