18/05/14

Isu Cermin Gelap Ini Pandangan Mazidul Akmal Sidek

Isu cermin kereta gelap telah dikeluarkan oleh JPJ bahawa pihak JPJ akan menyaman sekiranya didapati anda menggunakan cermin gelap dari sepatutnya.Admin ternampak post di wall Mazidul Akmal sidek berkaitan isu cermin gelap ini.Apa yang menariknya cadangan Tuan Mazidul sangat bernas namun adakah pihak JPJ terima pandangan ini? kita baca cadangan Mazidul ini


Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap' - JPJ.

Perhatikan phrasa 'orang orang tertentu' di dalam kenyataan di atas.

Saya difahamkan, Yang Dipertuan Agong, Ketua Hakim Negara, individu berpenyakit kulit disahkan oleh doktor hospital kerajaan dan mereka nyawa terancam, disokong oleh Ketua Polis Negeri, antara kelompok dibenar menggunakan cermin gelap.

Molek sekiranya JPJ mengeluarkan satu senarai rasmi KATEGORI individu dibenar menggunakan cermin gelap di Malaysia agar rakyat mengetahui maklumat tepat.Lebih molek lagi, jika JPJ mengeluarkan pelekat khas menandakan pemandu 'orang-orang tertentu' itu diizinkan mengikut undang-undang memakai cermin gelap.

1. Laksanakan tindakan terhadap semua premis memasarkan pelapik hitam, 'tint' cermin gelap. Tiada bekalan, tiada penggunaan di kalangan pemilik kenderaan.

2. Pastikan pemandu, pegawai dan anggota pihak berkuasa TIDAK menggunakan cermin gelap sekiranya tidak mendapat kebenaran mengikut undang-undang. Penggunaan pelekat asli, amat berguna dalam hal ini. Dipercayai sebilangan pegawai dan anggota pihak berkuasa tidak memiliki kebenaran bertulis menggunakan cermin gelap. 

3. Sekat kemasukan semua kenderaan MPV, diimpot dari luar negara sediakala menggunakan cermin gelap. Bagaimanakah pula status MPV bercermin gelap kini berada di jalanraya kita? JPJ harus membuat keputusan berhubung isu ini.

2 ulasan:

  1. Cermin gelap tidak dibenarkan tetapi bagaimana kerajaan boleh membenarkan kenderaan import yg bercermin gelap didaftarkan di negara ini. Bagaimana kenderaan tersebut lulus pemeriksaan puspakom sebelum didaftarkan. Bukan sikit tetapi byk bilangannya di atas jalanraya Malaysia.

    BalasPadam
  2. Kerajaan oh kerajaanku

    BalasPadam