KUALA
LUMPUR – Cuti sekolah sebuah keluarga bertukar menjadi mimpi ngeri
apabila seorang anak perempuan mereka berusia enam tahun terjatuh dari
tingkat tiga di sebuah pusat membeli belah terkenal di ibu negara
kira-kira jam 2 petang, hari ini.
Insiden menyayat hati itu
disedari kakitangan pembersihan ketika sedang menjalankan tugas dan
melihat kepala kanak-kanak perempuan tersebut hancur selepas terhempas
ke lantai.Ibu bapa mangsa kelihatan meraung di samping jasad
anak mereka sambil berkali-kali menyebut anaknya mereka baru sahaja
masuk darjah satu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten
Komisioner Muhammad Azlee Abdullah mengesahkan kejadian itu dan polis
akan memaklumkan kepada umum perkembangan tentang kes itu dalam masa
terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan