Sebaliknya mereka nekad meneruskan kehamilan sehingga takdir menentukan kesudahannya.Kata Renee, mereka memang bimbang apa yang bakal berlaku pada anak mereka apabila lahir nanti.“Tetapi kami tidak sampai hati menggugurkannya kerana saya dapat merasakan degup jantung kandungan saya begitu kuat dan indah,” katanya.Akhirnya Renee bersalin dan lahirlah anak unik itu - pasangan kembar siam yang berkongsi badan, namun mempunyai wajah dan otak berbeza.
Renee menggelar anak perempuannya itu “pejuang kecil.”Kata Renee, dia dan suaminya amat menyayangi kembar berkenaan yang diberi nama Hope dan Faith.Keganjilan itu katanya, dikenali sebagai “diprosopus” dan menyebabkan Hope dan Faith berkongsi tengkorak, namun berasingan otak yang bercantum pada bahagian pangkal.
Semua organ lain dikongsi. Pasangan Hope dan Faith kini ditempatkan di unit rawatan rapi Hospital Kanak-kanak WestmeadDi sebalik jangkaan awal, perkembangan positif ditunjuk kembar itu memang mengejutkan doktor.Howie berkata, anaknya itu tiada masalah bernafas atau menyusu.
“Setakat ini, kami tidak tahu berapa lama mereka akan berada di hospital kerana doktor masih tidak dapat menjangka implikasi keadaan mereka itu.“Apa yang penting adalah kami tidak sabar membawa mereka pulang,” katanya.Difahamkan setakat ini hanya 35 kes seumpama itu dilaporkan di seluruh dunia.
Pada masa sama, rekod menunjukkan tiada kembar diprosopus - bermaksud “dua wajah” dalam bahasa Yunani - berjaya hidup lama.Kata Howie, dia dan Renee tetap gembira dengan kehadiran Faith dan Hope.“Jika mereka hidup dua hari, dua harilah tempoh kami dapat nikmati bersama mereka.
“Sekurang-kurangnya ada waktu yang dapat diluangkan bersama mereka biarpun singkat,” katanya.Renee pula berkata, dia mahu umum mengetahui kewujudan kembar siam diprosopus kerana ia terlalu jarang berlaku.“Kita tidak boleh menafikan ia boleh terjadi,” katanya.- AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan