Difahamkan, mangsa iaitu Ninie Asmida Hasbi, 20, dari Pangkalan Kuap di sini maut akibat kecederaan parah yang dialaminya setelah dikatakan dilanggar dan digilis kenderaan lain di Jalan Meranek, di sini sekitar jam 1 pagi kelmarin.
Berikutan keadaan jalan yang gelap, dipercayai terdapat kenderaan lain telah melanggar dan menggilis mangsa yang ketika itu terbaring di atas jalan sehingga menyebabkan kepalanya terputus.“Sebaik ketibaan pihak polis di tempat kejadian, mayat mangsa yang dipeluk erat oleh teman lelakinya tidak dapat diperiksa kerana tidak mahu dilepaskan sungguhpun telah dipujuk oleh rakan-rakannya.
“Malah, dia turut menghalang pihak polis menyentuh mayat mangsa yang ditutupnya dengan jaket menyebabkan tiada siapa di tempat kejadian mengetahui keadaan mangsa,” kata sumber.Teman lelaki enggan melepaskan mayat mangsa dalam kemalangan di Jalan Meranek
Beberapa rakan teman lelaki mangsa yang berada di tempat kejadian dipercayai turut menghalang pihak polis, sekali gus menyukarkan siasatan.Polis bagaimanapun berjaya memujuk teman lelakinya untuk menghantar mayat mangsa ke hospital dan semasa pemeriksaan dilakukan sebaik tiba di HUS, mayat mangsa didapati tidak berkepala.
“Beberapa anggota polis kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk mencari kepala mangsa dan difahamkan berjaya menemuinya selepas itu,” kata sumber.Mangsa merupakan anak sulung daripada lima adik-beradik dan dijadual akan ke Semenanjung Malaysia semalam untuk bekerja.
Polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu, justeru meminta orang awam yang mempunyai maklumat agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -The Borneo PostLelaki mendakap erat mayat teman wanitanya yang terputus kepala dipercayai digilis kenderaan dalam kemalangan di Samarahan.
inanillah, semoga musibah ni jadi petunjuk untuk laki mengenal siapa penciptanya
BalasPadamOmg...u really mk me cry..Ada lg ke lelaki yg. Seperti i. ...I will appreciate if i got a man like him.
BalasPadamTiap2 Lelaki syg pasangannya.cuma ego tiap2 lelaki. Tgi atau tak. Sapa xsyg bini oi
BalasPadammat rempit....rasa bersalah sebenarnya yg menyebabkan lelaki tersebut bertindak begitu. Rasa bersalah dan kesal yg tak sudah diatas perbuatan yg dilakukan.
BalasPadamjadikan pengajaran buat pasangan kekasih, janganlah kita fikirkan kegembiraan teramat sangat...sedangkan kesedihan adalah pasangannya. Al fatihah....
BalasPadam