gambar hiasan
Seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Jawa Barat yang dipercayai diculik dan diperkosa awal Sabtu lalu, telah dibawa pulang, menurut portal berita Indonesia, detik.com.
Ketua polis Cimahi, Erwin Kurniawan berkata, mangsa
yang sebelum itu mendapat rawatan di Hospital Hasan Sadikan, Bandung
akan mendapat rawatan susulan serta pemulihan trauma di Malaysia.Menurut Erwin, mangsa telah dijemput oleh keluarganya.
Kata Erwin,
pihaknya juga telah meminta keterangan dari mangsa sewaktu dia sedang
dirawat di Hospital Hasan Sadikin, namun keadaan mangsa pada ketika itu
masih dalam keadaan terkejut.
Mangsa, 20
tahun, dipercayai telah dirogol di universiti tersebut di Kampus
Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat sebelum ditinggalkan dalam keadaan
tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer
dari tempat dia diculik.
Portal
beritadetik.com yang memetik kenyataan polis melaporkan pihak berkuasa
percaya kejadian itu melibatkan empat orang suspek yang kini sedang
diburu.
Pihak universiti juga dilaporkan sudah memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa Malaysia serta keluarga mangsa.
Menurut
polis, siasatan awal mendapati mahasiswi itu dikatakan keluar rumah
untuk mengambil wang di sebuah mesin ATM yang terletak tidak jauh
daripada rumah sewanya di kampus Jatinangor.
Mahasiswi
berkenaan kemudian dikatakan ditegur oleh seorang lelaki yang tidak
dikenali. Lelaki itu seterusnya menekup mulut mahasiswi itu dan
menariknya masuk ke dalam sebuah kereta.
Berikut adalah rakaman cctv berhubung insiden tidak diingini itu :
sumber:http://beliabangkit.blogspot.com
Istimewa Untuk Insan Yang Bergelar Lelaki …
BalasPadamKetahui Rahsia Menakluk Wanita Paling Agung !!
Setiap Wanita Pasti Sukakan Dirimu…
KLIK HERE !!