WAJAH sebelum dan selepas Rina menjalani pembedahan
Dia berkongsi semua gambar hasil pembedahan itu termasuk rupa paling baru melalui akaun Twitternya.Bagaimanapun, kebanyakan orang menyifatkannya sebagai keterlaluan.Dalam gambarnya ketika berusia 17 yang dimuat naik ke Internet, dia menulis, “Saya kelihatan gemuk” dan berkata dia mempunyai “mata bulat dan bercahaya.” Model itu kemudiannya berkongsi gambar lain, kononnya dia berpendapat gambar berkenaan adalah zaman kegemilangannya.
Dia menyiarkan gambar sebelum menjalani pembedahan mengecilkan hidungnya.“Saya tidak merasakan ia perubahan besar, namun terkejut dengan reaksi peminat,” kata Rina.Gambar disiar ini menyebabkan dia digelar Dobby.Bagaimanapun, terdapat beberapa komen positif mengenai wajah terbarunya itu dalam laman media sosial.
Seorang peminatnya menulis, “Dulu dia nampak lebih elok.Sebelum pembedahan rupanya lebih baik.” Peminat lain pula menulis: “Dia mempunyai masalah pemakanan.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan