Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Aishah, 26, berkata, kejadian berlaku ketika dia tidur selepas kereta api bertolak dari dari Stesen Sentral Kuala Lumpur ke Singapura jam 10.30 malam kelmarin.
“Saya sering membeli tiket untuk katil di bahagian bawah koc kerana ia lebih selesa dan memudahkan saya sepanjang perjalanan pulang ke kampung di Labis, Johor.
“Selepas 20 minit kereta api bergerak, seorang petugas KTMB masuk ke dalam koc untuk menjual makanan dan minumanKetika itulah saya menyedari seorang penumpang lelaki di atas katil saya,” katanya.
Menurutnya, dia tidak mencurigai penumpang lelaki itu dan menyambung tidur selepas selesai makan.“Namun pada jam 2 pagi, saya tersedar apabila terasa alat sulit saya diraba.Saya dapati ada tangan menyusup masuk dari celah langsir katil saya.
“Apabila menyedari saya terjaga, suspek segera menarik keluar tangannya.Walaupun terkejut dengan kejadian itu, namun saya membuat keputusan mengabaikannya,” katanya.
Dia bagaimanapun terkejut apabila tangan itu kembali muncul dari celah langsir katil dan cuba meraba tubuhnya sekali lagi.“Akibatnya saya menjerit sambil menepis tangan itu.
Saya percaya ia dilakukan penumpang lelaki yang berada di atas katil saya,” katanya.“Berang dengan perbuatan tidak senonoh individu itu, Aishah memaklumkan kejadian berkenaan kepada kakitangan KTMB menyebabkan suspek lelaki itu ditahan sebelum diserahkan kepada polis sebaik tiba di Stesen Labis pada jam 5 pagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, seorang lelaki berusia 21 tahun berasal dari Kluang, Johor diserahkan kepada pihaknya oleh kakitangan KTMB selepas mendapat aduan daripada mangsa.
Katanya, pihaknya menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan termasuk menjalankan ujian air kencing ke atas suspek sama ada suspek di bawah pengaruh dadah atau sebaliknya ketika kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan