1/06/14

Kerana Seks Terlampau Kunci Gari Tangan Terlekat Dalam Kemaluan

California: Fantasi seks pasangan warga Kanada berakhir dengan kejadian memalukan apabila seorang wanita terpaksa dihantar ke hospital kerana kunci gari yang mengikat tangan mereka tersekat di dalam kemaluannya.

Pasangan yang hanya mahu dikenali sebagai Jason dan Michelle berada di Van Nuys, California, ketika mereka “melakonkan” fantasi mengenai seorang puteri dan seekor naga.Kejadian itu dipaparkan dalam satu episod dalam program “Sex Sent Me To The E.R.” di saluran TLC.

Ketika melakukan perkara itu, kunci gari yang mengikat tangan mereka di masukkan ke dalam kemaluan Michelle dan tersekat di bahagian uterus menyebabkan mereka terpaksa “menambah babak” fantasi mereka di unit kecemasan hospital.

Pada mulanya, pasangan itu enggan memberitahu perkara sebenar kepada doktor yang melakukan pemeriksaan kerana malu akibat perkara itu.Namun, selepas doktor gagal mengesan punca masalah yang dihadapi Michelle, dia terpaksa membuka mulut.

“Ia sukar bagi saya, tetapi saya akhirnya terpaksa mendedahkan perkara sebenar,” katanya.Ahli psikologi unit kecemasan, Doktor Michelle Pearl tidak mengendalikan kes berkenaan tetapi dia menyatakan ini bukan kali pertama kes seperti itu terjadi.

Namun, memasukkan kunci ke dalam kemaluan adalah perkara baru,” katanya. - http://duniacacamarba.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan