gambar hiasan
IPOH - Seorang gadis berusia 15 tahun merelakan tubuhnya 'diratah' sekumpulan enam lelaki dalam kejadian yang berlaku di Taman Pancaran Siputih, Pusing, dekat sini, antara Isnin dan Selasa lalu.Pelajar sebuah sekolah menengah di Simpang Pulai, di sini, mendakwa melakukan hubungan seks bergilir-gilir dengan enam orang lelaki antara jam 11 malam Isnin lalu sehingga 3.30 petang keesokkannya sebelum dihantar pulang ke rumahnya.Malah, gadis terbabit turut mengakui dia melakukan hubungan seks secara rela dan tiada unsur paksaan daripada lelaki terbabit.Ketua Polis Daerah Baru Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pihaknya ada menerima laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Pusing berhubung insiden tersebut.
Menurutnya, mengikut laporan, bapa mangsa menerima panggilan telefon daripada kakaknya pada pagi itu memaklumkan anak perempuannya tidak pulang ke rumah selepas keluar awal pagi 28 Januari lalu.Katanya, menurut pekerja swasta berusia 44 tahun itu, dia yang bimbang akan keselamatan anak perempuannya, bertindak mencari di sekitar kampung.
“Bagaimanapun, mangsa pulang ke rumah lebih kurang jam 7 malam hari yang sama dan kemudian menceritakan kepada bapanya yang dia telah melakukan hubungan seks dengan dua lelaki di sebuah rumah di Pusing.
“Selepas mendengar cerita tersebut, bapa mangsa membawa anak perempuannya itu membuat laporan berhubung kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.Shaharon berkata, siasatan awal mendapati mangsa menyelinap keluar dari rumahnya di Kampung Kepayang, di sini kira-kira jam 1 pagi pada Isnin lalu dan mengikuti salah seorang suspek yang membawanya ke sebuah rumah di Taman Siputih Pancaran, Pusing.
“Mengikut keterangan mangsa, dia mendakwa melakukan hubungan seks secara rela tanpa paksaan secara bergilir-gilir dengan enam orang suspek antara jam 11 malam sehingga 3.30 petang keesokkannya sebelum dihantar pulang ke rumahnya,” ujarnya.
Berikutan itu, beliau berkata, anggotanya menjejaki keenam-enam suspek dan tangkapan pertama dilakukan ke atas lima lelaki berusia antara 20 hingga 24 tahun di sebuah rumah di Taman Siputih, Pusing pada jam 1.30 pagi 29 Januari lalu.
“Sewaktu serbuan dijalankan ke rumah terbabit kesemua suspek didapati sedang tidur. Empat daripada suspek berasal dari Siputih manakala seorang lagi dari Ipoh.
“Seorang lagi suspek ditahan pada jam 8.13 malam di rumahnya di Siputih pada hari yang sama. Kesemua suspek bekerja sebagai operator pengeluaran kilang dan buruh kasar.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta sebat.
“Mangsa kini ditempatkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menjalani pemeriksaan perubatan.
“Kami percaya kes ini dianggap selesai dengan tertangkapnya keenam-enam suspek terbabit,” katanya.
Tajuk Paling Popular
Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini
Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa
dengan tajuk Gadis 15 Tahun Relakan Diri Diratah 6 Lelaki . Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/05/gadis-15-tahun-relakan-diri-diratah-6.html?m=0. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown - 24/05/13
Belum ada komen untuk "Gadis 15 Tahun Relakan Diri Diratah 6 Lelaki "
Catat Ulasan