30/06/13

Gadis Mengaku Sangap

Memang Mengejutklan!! biasanya orang cakap lelaki ni memang gatal tetapi tak sangka pula perempuan pun ada yang gatal terlebih had.Sampai Mengaku Sangap kote mungkin ia gurauan namun perkara begini tidak boleh ambil enteng.Walaupun info ini telah lama namun sebagai pengajaran kita perlu berhati-hati dalam setiap perkara Setiap apa yang kita post di laman sosial adalah melambangkan keperibadian kita lihat sendiri mengaku gadis ini.


Lelaki Pecah Rekod Memakai Seluar Dalam 10o++ Helai

Memang Pelik!!!! Inilah lelaki yang yang ingin memacah rekod dunia dengan Memakai Seluar dalam sebanyak 100 helai lihat gambar beliau








Inilah Gadis Yang Menewaskankan Lelaki Dalam Acara Lawan Tangan

Memang Power!!! muka comel tapi badan berketul-ketul menurut info admin perolehi gadis comel ini adalah juaran lawan tangan di peringkat dunia sape yang berkahwin dengannya jika bergaduh sure suaminya melekat kat dinding lihat gambar disini














Kisah Razak Bertemu Toyol Di Dapur



Razak terpaksa ditugaskan keluar kota. Beliau menyewa sebuah banglo usang yang telah lama tidak berpenghuni. Pesan beliau pada isteri dan anak-anak, dalam tempoh seminggu beliau akan pulang mengambil mereka untuk tinggal sekali dengan beliau di banglo tersebut.

Pada suatu malam, malam pertama, Razak terdengar riuh rendah di dapur. Dengan beraninya beliau menjenguk dan alangkah terkejutnya beliau mendapati seekor toyol yang sedang lahapnya menjamu apa sahaja makanan di dapur.

Lantas, beliau membaca ayat-ayat yang pernah beliau pelajari dan dengan tiba-tiba toyol itu terketar-ketar memohon maaf padanya.

Toyol : Maafkan aku..aku lapar.
Razak : Takperrr..aku maafkan tapi dengan syarat.
Toyol : Apa dia? Aku rela penuhi syarat engkau asalkan aku boleh makan.
Razak : Syarat pertama, engkau jangan ganggu anak isteri aku nanti.
Toyol : Alahhhhh… kacang ajer.
Razak : Dan yang kedua..aku memang boleh bagi engkau makan yang sedap-sedap tapi engkau kena bereskan satu tugas..
Toyol : Apa tugasnya?
Razak : (Sambil memusing badannya ke belakang dan mencabut seurat bulu ketiaknya) Nah… aku nak engkau luruskan bulu ini..selagi ianya tak lurus selagi itu engkau tak boleh makan.
Toyol : Alahhhhh… lagi kacangggggg… ..

Sejak malam itu,setiap saat dan ketika si toyol berkenaan menjalankan tugas yang diberikan. Saat berganti jam berganti hari, namun bulu tersebut tak jugak lurus-lurus.. puas si toyol mencuba namun gagal..Sudah hampir 6 hari si toyol tidak makan..dia terlalu lapar. Namun memandangkan takutnya dia pada ‘ayat-ayat’ yang dibaca oleh Razak, beliau tetap tekun.

Pada suatu hari seperti dijanjikan, datanglah isteri dan anak-anak Razak tinggal bersama beliau. Si toyol patuh pada syarat pertama. Sedikit gangguan pun dia tidak lakukan pada isteri dan anak-anak Razak.

Pada suatu pagi, seperti biasa Razak ke tempat kerja. Tinggallah isteri dan anak-anak di rumah. Si toyol begitu leka meluruskan bulu ketiak Razak di hadapan pintu tanpa nampak dilihat oleh mata kasar anak-anak & isteri Razak. Hanya Razak yang mampu melihat kelibat si toyol berkenaan. Sedang asyik si toyol menjalankan tugasnya, tiba-tiba.. gedebokkk!!!! isteri Razak jatuh tersungkur di hadapan si toyol sambil kain yang dipakainya terselak ke atas perut… Alangkah terkejutnya si toyol… .

Toyol : Makkkkkk… mati aku… banyak lagi bulu yang nak kena lurus daaaaaaaaa… ..

Selepas kejadian itu.. larilah si toyol dan tidak datang-datang lagi ke banglo berkenaan












Pasangan Melakukan Adegan Panas Dihadapan Orang Ramai


Memang Gila!! bayangkan kalau dulunya manusia sembunyi buat projek takut dilihat orang apatah lagi jika aksinya dirakam sekarang lain pula ceritanya apabila pasangan ini membuat aksi terlarang di hadapan semua orang tempat yang terbuka dan diperhatikan orang sekeliling 

Cuba bayangkan jika ia berlaku di Malaysia agak-agaknya lelaki yang hidup belang melihat saja ker? silap-silap hari bulan diorang tumpang sekaki

TRIBUNNEWS.COM - Seorang seniman berusia 57 tahun melakukan adegan hubungan seks di depan umum sebagai sebagian dari eksebisi seni. Namun, tindakannya ini membuat dirinya ditangkap dan dijatuhi hukuman satu tahun penjara.

Seperti dilapor ChinaSmack, minggun lalu, seniman bernama Cheng Li ini melakukan aksinya di daerah seni,Songzhuang, Beijing, China. Setelah melakukan adegan itu, ia kemudian dibawa oleh polis dan dihukum setahun bekerja sebagai bentuk pembelajaran.

Dalam dokumen Komite Administrasi Pembelajaran Tenaga Kerja China, Cheng Li dituduh melakukan kegiatan tak senonoh di depan umum, telanjang, menarik banyak orang dan menganggu ketenteraman awam. Kini pengacara Li berusaha merayu agar hukuman itu dipertimbangankan kembali.

Memang Azab Saat Anak Derhaka Ketika Maut

Memang Azab!!! kisah ini penuh dengan ikhtibar dan tauladan kepada yang masih hidup ibu adalah insan yang penting tiada ibu tiadalah kita sebagai pengajaran untuk ditatapi hayatilah kisah sedih ini semoga kita insaf dan berubah

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.

“Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni,” kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai. Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

“Apa sakitnya ni?” tanya saya. “Entahlah ustaz, doktor pun tak tau.”Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan.

“Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya.” Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya? “Panggil ibunya segera,” kata saya. Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.

“Kenapa ni?” tanya saya. Dengan perlahan abang Jalal bersuara, “Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas.” “Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu,” kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal.”Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku.” “Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami,” jawab salah seorang daripada mereka.

Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya.

Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak disyarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah.

Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

“Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga,” katanya kasar. “Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu,” jawab si ibu. “Ahhh, saya tak kira.” “Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang,” jawab ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan.

Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal. Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya.

Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.

“Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain,” kata saya. Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan. “Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah.”

Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan ‘ke situ’? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa ‘ke situ’ dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan.Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, “Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak…” Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi.

Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering. “Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak,” kata si abang. Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka.

Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak.

Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas ‘rentapan’ itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya. Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat.

Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya.

Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak.

Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul525950_508145219206512_1757148171_n – tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya.

Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya.

Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham. “Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz.” “Apa masalahnya itu?” tanya saya. “Kubur adik saya berlubang ustaz.” Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.

“Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi,” kata saya. Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.

“Begini sajalah,” kata saya. “Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali.”

Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.

Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah. Amin.- blogammar.com

Memang Sedih!!! Derita Isteri Bernama Shima

Memang Sedih!!! semasa admin berkunjung ke blog rakan-rakan admin terjumpa 1 kisah menarik di blog kisahsedihseorangteman. selepas membacanya memang agak sedih bagaimana shima diseksa sedemikian rupa bertapa kejamnya mertua Shima apa pun anda bacalah kisah ini

Aku mempunyai seorang teman baik yang telah aku kenali selama lebih 15 tahun. Ketika itu aku baru sahaja diterima kerja oleh salah sebuah syarikat telekomunikasi di sekitar Kuala Lumpur. Di tempat kerja baru itulah aku mula mengenali seorang kawan perempuan yang aku kenali dengan nama Shima. Di mata aku, Shima adalah seorang gadis yang cantik serta pandai menjaga penampilan diri.

Di tempat kerja, Shima adalah seorang gadis yang sederhana dan tidak menyombong diri. Aku sangat selesa berkawan dengan Shima. Rasa selesa inilah yang membawa persahabatan kami berlarutan sehingga lebih 15 tahun lamanya. Kami sering berkongsi masalah masing-masing dan sering bertukar pendapat. Persahabatan kami berlanjutan walaupun aku telah bertukar tempat kerja. Walaupun sekarang kami telah mempunyai keluarga masing-masing, tetapi persahabatan kami tetap baik dan sering bertanya khabar.

 Kisah sedih ini bermula ketika Shima mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki yang aku kenali sebagai Nazmi. Walaupun Shima kawan baik aku ketika itu, tetapi aku tidak begitu mengenali Nazmi. Setahu aku, Nazmi bekerja di salah sebuah institusi perbankan ketika itu dan sering mengejar Shima untuk berkawan rapat. Walaupun Nazmi sering dimarahi Shima, namun Nazmi tekad untuk berkawan rapat dan mengambil Shima sebagai isteri. Shima yang ketika itu baru sahaja putus kasih, mengambil keputusan untuk menerima lamaran Nazmi lantaran melihat akan kesungguhan Nazmi ketika itu. Aku juga berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan Shima dan Nazmi. Di majlis itu, aku dapat melihat sinar kebahagiaan terpancar di wajah Shima tatkala bergelar seorang isteri. Aku juga berharap agar suatu hari nanti aku juga merasai sinar kebahagiaan seperti itu.

Shima telah disahkan hamil setahun selepas berkahwin, apatah lagi kandungannya telah disahkan kembar oleh doktor. Aku sebagai sahabat berdoa agar kebahagiaan Shima berganda-ganda seperti kandungannya...hehehe.. Namun, impian Shima untuk mengecapi kebahagiaan selepas berkeluarga seakan musnah gara-gara sikap panas baran Nazmi serta layanan buruk yang diterima oleh keluarga mentuanya. Shima sering menceritakan pada aku bagaimana dia diperlakukan sebagai oang gaji tiap kali dia berkunjung ke rumah mentuanya. Walaupun ketika itu Shima sedang sarat hamil, namun keluarga mentuanya tetap menyuruh Shima melakukan kerja-kerja pembersihan rumah, sedangkan ketika itu adik ipar perempuan Shima sedang bersenang lenang menonton tv. Sebagai sahabat, aku merasa amat sedih dan kasihan dengan nasib yang menimpa Shima.

Namun aku sering menasihati dan memberi kata-kata semangat pada Shima agar dia tidak merasa tertekan akan masalah yang menimpanya. Seringkali Shima menceritakan pada aku bagaimana dia dimaki-hamun oleh Nazmi yang panas baran. Tidak cukup dengan maki-hamun, nasib buruk Shima ditambahkan dengan sepak terajang yang diterima oleh Nazmi. Hampir setiap hari, ada sahaja perkara yang membawa kepada pertengkaran suami isteri itu. Yang amat aku kesalkan setiap kali pertengkaran berlaku, pasti berakhir dengan sepak terajang. Sudah beberapa kali Shima ingin membawa perkara ini ke Jawi, tapi apabila memikirkan nasib anak-anak, Shima rela mendiamkan diri. Adakalanya Shima mengambil tindakan sendiri dengan berjumpa pengamal perubatan tradisional untuk memulihkan rumahtangganya. Lantaran itu, Shima juga mengetahui bahawa keadaan rumahtangganya yang porak peranda adalah kerana angkara terkena ilmu sihir ibu mertuanya. Pada mulanya Shima enggan mempercayai, tetapi apabila sudah beberapa pengamal perubatan traditional berkata perkara yang serupa, akhirnya Shima akur akan kata-kata mereka.

Aku sifatkan ibu mertua Shima seorang yang sejahat-jahat manusia kerana sanggup mengenakan ilmu sihir bukan sahaja terhadap Shima, malah turut mengenakan seluruh keluarganya termasuk anak-anak dan cucu-cucunya semata-mata untuk menyuruh mengikut telunjuknya. Apabila Shima mengetahui hal ini, Shima telah sedaya upaya untuk mengubati dirinya sekeluarga dari terkena ilmu sihir ibu mertuanya. Dalam masa yang juga rumahtangga Shima bergolak dan hampir menuju kehancuran. Tetapi Shima seorang yang tabah dan sabar, rumahtangga yang sering bergelombang itu tetap dipertahankannya demi anak-anak. Setiap hari Shima tetap berdoa agar rumahtangganya kembali pulih seperti sediakala.

Rumahtangga yang dipertahankan selama 11 tahun itu akhirnya runtuh jua. Shima kini menjadi ibu tunggal kepada 4 orang  anak. Walaupun sudah diceraikan, tetapi kehidupan Shima tetap dibelenggu oleh ilmu sihir bekas ibu mertuanya. Bekas ibu mertuanya mahu melihat akan kesusahan Shima setelah bercerai. Tetapi semangat Shima tetap kuat untuk membesarkan 2 orang anak yang berada dalam jagaannya. Shima sering berniaga kecil-kecilan untuk menambahkan pendapatan. Dalam masa yang sama juga Shima tetap mengubati dirinya dan anak-anaknya dari belenggu ilmu sihir. Aku amat kesian pada anak-anak Shima kerana mereka tertekan akan masalah rumahtangga ibubapa mereka ditambahkan pula dengan kesan ilmu sihir nenek mereka.

Akibat tekanan, anak-anak Shima tidak dapat menumpukan pelajaran. Setelah puas berfikir, Shima dengan rela hati menghantar salah seorang anaknya bernama Ayie belajar di sebuah sekolah pondok yang terletak di luar bandar dengan bantuan keluarga angkatnya. Walaupun sedih, tetapi Shima tidak ada pilihan lain kerana keluarga bekas suaminya sering datang menganggu sehingga pelajaran anak-anaknya merosot. Akibat dari itu, bekas ibu mertuanya menjadi marah dan mengenakan ilmu sihir terhadap Shima dan anaknya Ayie. Shima menjadi lebih tertekan dan hampir putus asa untuk hidup. Hampir setiap hari Shima akan terlihat kelibat nenek tua yang datang menganggunya. Hampir setiap hari juga Shima menangis tak henti-henti mengenangkan nasib dirinya. Shima juga mendapat tahu bahawa anaknya Ayie juga terkena ilmu sihir neneknya sehingga menganggu pelajarannya. Nasib baik keluarga angkat Shima yang menjaga anaknya Ayie membawa Ayie berubat secara traditional. Kini Shima sedang berusaha untuk mengubati dirinya dan anak-anaknya.

Tidak cukup dengan itu, bekas ibu mertuanya mengenakan ilmu sihir keatas ibu kandung Shima pula sehingga ibu kandung Shima mendapat penyakit strok. Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah kehidupan Shima sekarang. Aku amat sedih dengan apa yang menimpa Shima. Kadang-kadang aku juga menangis mengenangkan nasib yang dialami oleh teman baik aku itu. Aku seringkali memberi kata-kata semangat pada Shima. Seringkali aku cuba gembirakan Shima dan anak-anaknya dengan membawa mereka bersiar-siar. Sedih hati aku apabila Shima memberitahu bahawa bekas suaminya tidak pernah membawa mereka sekeluarga bersiar-siar. Kini Shima masih lagi dibelenggu oleh ilmu sihir bekas ibu mertuanya dan sedang cuba untuk mengubati. Rasa-rasanya jika aku ada kuasa, mahu sahaja aku hilangkan perempuan sihir itu dari bumi ini.

Kata-kata untuk teman baik aku, Shima....
" Shima, aku tahu kau tabah, sabar dan kuat untuk menghadapi ujian ini. Sememangnya kau seorang yang istimewa kerana diuji dengan ujian yang sehebat ini. Aku sebagai sahabat dan teman baik kau, tetap berdoa agar kau diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat....aminn....."



Sindiket B2B Dan Pelacuran Menerusi Internet

Memang Menghairahkan!  bagi mereka yang berduit mungkin inilah yang dicari iaitu kepuasan lupa hukum hakam apabila ditimpa musibah atau bala duit pun telah tiada makan baru ingat Tuhan beringat sebelum terkena

Kuala Lumpur: Populariti laman sembang terkini, WeChat dalam kalangan remaja sejak kebelakangan ini diambil kesempatan oleh sindiket pelacuran untuk mempromosi aktiviti tidak bermoral, seperti khidmat urutan badan ke badan (B2B) dan pakej asmara.

Berdasarkan pemantauan Metro Ahad, rata-rata sindiket dan wanita yang menawarkan pakej berahi secara sambilan itu mencari bakal pelanggan melalui WeChat dengan menggunakan fungsi ‘Look Around’ yang membolehkan mereka mencari dan mengenal pasti pelanggan berpotensi.

Mereka memilih pelanggan secara rawak sebelum menggoda dengan pelbagai cara, termasuk memberi sambungan (link) Internet untuk memasuki laman web yang menawarkan maklumat lengkap mengenai pakej ditawarkan.

Lebih membimbangkan, sindiket terbabit cuba menarik perhatian pelanggan sasaran dengan menawarkan gadis dari pelbagai negara, termasuk Korea Selatan dan Jepun, dengan harga mencecah RM600 untuk satu sesi 45 minit, bergantung kepada kecantikan gadis.

ANTARA wanita yang dipaparkan untuk dipilih bakal pelanggan.


Perkara itu didedahkan sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 36, selepas menerima pelawaan menjadi rakan dalam WeChat sindiket berkenaan.

Gambar Justin Bieber DiCbul Dua Wanita

Memang Masalah!! minat punya pasal sanggup buat perkara tak senonoh inilah yang berlaku apabila wanita ini mencbul gambar Justin Bieber


Memang Ngeri Badan Manusia Hancur Dijamah Ikan Jerung

Memang Ngeri!!! itu yang dapat admin katakan apabila badan manusia ini hancur dimamah jerung.Lihat perkongsian ini dibawah

Kejadian ini mengejutkan dan mengerikan apabila ikan jerung hasil tangkapannya mempunyai berat yang luar biasa rupa-rupa nyer mengandungi jasad mayat yang di baham.Humphrey Simmons, sebuah pekerja bank telah berjaya menangkap seekor ikan jerung yang luar biasa beratnya jika dibandingkan dengan saiz ikan jerung berkenaan.Ikan itu ditangkap ketika beliau dan rakan²nya iaitu Keith Fergusan dan Stanley Bernard pergi menangkap ikan di laut pada suatu pagi Sabtu.

Namun telah terjadi sesuatu yang sangat mengerikan apabila ikan jerung itu memuntahkan sebelah kaki manusia.Mereka akhirnya membuat keputusan untuk membelah perut ikan berkenaan bagi tujuan mencari jasad mayat yang mungkin masih berbaki di dalam tubuh ikan jerung tersebut kerana mereka percaya ikan jerung itu sudah membaham manusia. Mangsa ikan berkenaan sehingga sekarang tidak diketahui.




credit:tautauajer.blogspot

29/06/13

Padah Melarikan Anak Gadis

Menurut Info yang Admin Perolehi Lelaki Ini Dapati Melarikan anak gadis kampung berkenaan disebabkan itu mereka telah menangkap dan menderanya


Gambar Wanita Puntianak


Memang Pelik!!! itulah yang boleh dikatakan apabila wanita ini sangat gemarkan darah

Julia Caples, 45, menghisap darah daripada penderma sukarela sejak lebih 30 tahun lalu. Dia bertemu rakan peminat pontianak di satu majlis tempatan, tempat dia mengelar mereka dengan pisau ala zaman jahiliah sebelum menghisap darah mereka.

Julia percaya dengan berbuat demikian dia akan kekal muda dan bertenaga, seperti penghisap darah dalam filem seperti Twilight.

Bagaimanapun, dia berusaha menjauhkan minat peliknya itu daripada anaknya, Alexi, 11. Anak perempuannya, Ariel, 24, bencikan ketaksuban Julia dan mendesaknya supaya berhenti.

Wanita itu yang berasal dari Wilkes Barre, Pennsylvania, Amerika Syarikat berkata: “Apabila menghisap dan minum darah seseorang, saya berasa muda dan lebih sihat. Saya tahu secara saintifik, darah tidak mengandungi zat. “Bagaimanapun, mungkin ada khasiat lain yang kita belum temui. Saya berasa diri saya lebih cantik setiap kali minum darah. Saya juga amat sihat, tidak menghadapi masalah kesihatan dan sentiasa bertenaga. Ada ketikanya saya minum lebih dua liter sebulan.” Minat Julia pada darah bermula sejak dia masih muda, ketika bercium kali pertama semasa berusia belasan tahun.


“Saya terdorong untuk menggigit kekasih saya ketika kami bercium. Hasrat itu datang tiba-tiba dan saya sukakan rasanya. Saya tidak dapat menjelaskannya dengan kata-kata dan minat itu tidak pernah berhenti. Dan kekasih saya itu tidak pernah mencium saya lagi.” katanya.

Bagaimanapun, Julia tidak minum darah sebegitu kerap sehingga menemui Donald, 49, lelaki yang kini bekas suaminya.

Mereka berkahwin dalam majlis yang bertemakan pontianak pada Oktober 2000 dan minum darah satu sama lain untuk meraikan upacara itu.

julia caples 2 Wanita Pontianak Hisap Darah Lebih 30 Tahun

Pasangan itu menjadi sebahagian daripada budaya peminat pontianak yang mengunjungi kelab malam dan minum darah satu sama lain.

Tetapi apabila pasangan itu mempunyai anak, Alexi, Donald berikrar untuk tidak lagi minum darah.

Donald berkata: “Saya berhenti tetapi Julia tidak perlu berbuat demikian kerana kami bersetuju seorang daripada kami perlu berhenti dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga.

“Julia masih berminat untuk minum, tetapi dia juga ibu yang baik dan memberi keutamaan kepada anak. Dia tidak membiarkan minatnya itu menyekatnya menjadi ibu.” Meskipun wanita itu berusaha merahsiakan gaya hidupnya daripada Alexi, kanak-kanak itu sudah mula mengesyaki tabiat ibunya.-selangor2u.com





Wanita Berusia 63 Tahun Lahirkan 12 Ekor Anak Sotong

Selamat datang ke blog memang gempaq.Kali ini perkongsian yang agak pelik mengenaik seorang wanita berusia 63 tahun yang melahirkan 12 ekor anak sotong

Tajuk ini agak pelik sebenarnya. Namun ini adalah realiti yang terjadi di Korea Selatan. Seorang wanita berumur 63 tahun di Korea Selatan dilaporkan ‘menghamilkan’ 12 anak sotong selepas dia memakan calamari sotong goreng.

Difahamkan, warga emas itu berjumpa doktor selepas mulutnya berasa tidak selesa dan hasil pemeriksaan mendapati anak sotong telah melekat di bahagian gusi, lidah serta pipinya.

Doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan sedozen anak sotong didakwa terhasil daripada sperma yang terdapat pada calamari tersebut.

Disember lalu, seorang wanita di Jepun yang memakan sotong mentah juga terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan sperma haiwan itu dari mulutnya.

Moral the story: Janganlah makan makanan mentah. Bahaya!!!





Persenda Kalimah Syahadah Kerana Bola

Selamat datang ke blog memang gempaq admin tinjau-tinjau kemudian ternampak post ini di blog mazeermohamad.com Memang Mengecewakan!!! kerana taksub bola sepak Kalimah Syahada dipersendakan apa nak jadi? semoga beliau sempat insaf sebelum ajal menjemput takut waktu sampai ajal kalimah ini yang diucapkannya apapun sebagai renungan jagalah perkataan dan perbuatan kita kerana tersilap langkah boleh terpesong dari akidah

Mahkota Dua Gadis Diragut Abang Ipar

Ibarat jatuh ditimpa tangga, itulah terjadi kepada dua beradik berusia 23 dan 24 tahun mendakwa dirogol abang ipar mereka di rumah abang iparnya dan di kediaman mereka di sebuah kampung di sini.


Salah seorang dari dua beradik itu dirogol sebanyak 13 kali sejak 2007-2010, manakala seorang lagi dirogol sebanyak sembilan kali sejak 2005 sehingga 2010.

Lebih malang, salah seorang dari dua beradik itu turut dirogol sebanyak dua kali oleh seorang bomoh yang kononnya bertujuan merawat masalah gadis malang itu.

Kejadian terkutuk itu diceritakan sendiri oleh kedua-dua mangsa kepada ibu saudara mereka seterusnya bertindak membuat laporan di Balai Polis Kuala Ketil.

Keadaan itu mengakibatkan lelaki berusia 40-an dan mempunyai tiga cahaya mata itu menyerah diri kepada polis pada jam 10 pagi, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, kejadian itu disiasat mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol, sabit kesalahan dikenakan hukuman penjara selama tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat.

Video Doktor Mengamuk Ketika Dia Kantoi Sedang Menc*bvl Pesakit

selamat datang ke blog memang gempaq inilah doktor yang mengambil kesempatan pada pesakit aksi beliau dirakam kemudian selepas mengetahui dirinya dirakam dia bagaikan nak gila

Kamera tersembunyi sebuah stesen televisyen berjaya merakamkan aksi seorang doktor yang dikatakan sering mengambil kesempatan terhadap pesakitnya di Rome Itali.Dalam insiden tersebut, doktor itu jelas kelihatan meraba seorang wanita yang datang untuk mendapatkan rawatan di klinik lelaki berkenaan.

Kamera tersembunyi itu memang sengaja dipasang oleh krew televisyen untuk sebuah program berjudul ‘Striscia La Notizia’.Peristiwa tersebut dilaporkan secara meluas oleh media Itali bulan lalu.

Menurut laporan, ketika doktor tersebut sedang asyik ‘mendiagnosis’ pesakitnya, Jimmy Ghione, wartawan stesen televisyen itu terus meluru masuk ke bilik rawatan. Doktor tersebut yang marah dan malu terus menyerang Ghione.

Stesen televisyen tersebut merancang untuk ‘mengenakan’ doktor berkenaan yang didakwa telah banyak kali mencabul para pesakitnya. Malah, ‘pesakit’ yang diraba doktor tersebut ketika rakaman itu dilakukan juga merupakan krew yang menyamar.

Menurut laporan akhbar, doktor tersebut sempat memberitahu ‘pesakitnya’ itu supaya jangan risau kerana dia tidak akan membuatkan wanita itu hamil.


10 Punca Utama Menyebakan Suami Mandul

Selamat Datang ke Blog Memang Gempaq.Perkongsian kali ini adalah info perkahwinan punca utama lelaki mandul semoga ia bermanfaat kepada anda

Tahukah anda kemandulan bukanlah di pihak isteri semata-mata, lelaki juga tidak kecuali dari mengalami masalah mandul ini. Oleh itu, janganlah asyik menyalahkan pihak isteri apabila anda tidak mempunyai zuriat setelah beberapa tahun anda berkahwin. Seperti wanita juga, ada banyak sebab mengapa lelaki boleh jadi mandul. Berikut kami senaraikan 9 sebab mengapa lelaki mandul.

1. Kemandulan boleh di sebabkan oleh seseorang lelaki yang mengalami penyakit Klineelters Syndrome iaitu sejenis penyakit semula jadi yang diwarisi.

Lelaki yang mempunyai penyakit
ini memiliki kelainan pada alat kelaminnya, biasanya saiz penis yang amat kecil. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai daya untuk mengeluarkan benih-benih sperma.

2. Pernah mengalami penyakit kronik dalam tempoh yang panjang.
Misalnya, sejak di dalam kandungan ibu, mengalami demam panas yang melampau, penyakit kelamin atau terlibat
didalam kemalangan yang menyebabkan buah zakar rosak.

3. Mengalami jangkitan kuman dan penyakit kelamin yang terlular ketika melakukan hubungan seks bebas

dengan wanita yang membawa kuman gonorhea, sifilis, HIV, herpes, genital, dan sebagainya.

4. Akibat dari penyakit varicoles atau hernia.

Ia menyebabkan buah zakar menjadi besar, keras dan sakit. Begitu juga dengan urat-urat di sekitarnya turut membesar dan mengeras.

5. Menghadapi masalah pada skorotum, bahagian yang menghasilkan air mani.

Ia tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan tidak berupaya mengeluarkan sperma yang bermutu.Sebaliknya sperma yang dikeluarkan tidak mempunyai benih.

6. Kemandulan juga boleh disebabkan oleh kecacatan sesorang lelaki

seperti dilahirkan dengan hanya sebelah buah zakar, mengalami gangguan hormon testosterone ataupun testicular
failure.

7. Mengalami mati pucuk, impoten, lemah tenaga batin, pancutan air mani

yang pramatang, penis mengecil, hilang ghairah atau nafsu seks, tekanan emosi yang serius dan lain-lain lagi (
Masalah peribadi )

8. Lelaki yang terlalu banyak mengambil ubat-ubatan
seperti ubat kencing manis, ubat antipsychotic, termasuk Chiorpromazine, Haloperidol dan Antidrepressant seperti Amitriptyline
dan Imipramine.

9. Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat

seperti merokok, minum alkohol, selalu duduk dalam keadaan panas dan kotor seperti pencemaran asap kenderaan, bahan kimia dari kilang
seperti radioaktif.

10. Mati pucuk.




Rumah Almy Nadia Terbakar Ibunya Patah Tulang Rusuk

Memang Sedih!! sudah jatuh ditimpa tangga apapun semoga Almy Nadia Tabah jom baca kisah beliau

PETALING JAYA – Baru sahaja kes putus cinta dengan pelakon Fizz Fairuz reda, aktres Almy Nadia ditimpa ujian lain apabila rumahnya di kampung terbakar, manakala ibunya patah tulang rusuk kanan.

Almy Atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, dia amat sedih dengan kejadian itu, apatah lagi tidak dibenarkan pulang ke kampung oleh syarikat produksi kerana masih lagi terikat dengan penggambaran drama.

“Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya sekarang, fikiran saya hanya mengingatkan kampung halaman dan ibu yang sedang sakit.

“Saya memang minta cuti untuk balik sekejap sejak rumah saya terbakar minggu lalu tapi sehingga sekarang saya tidak dibenarkan cuti dengan alasan akan mengganggu jadual artis lain,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Almy memberitahu pada 16 Jun lalu, rumah keluarganya di Kampung Pondok Upih, Balik Pulau, Pulau Pinang terbakar pada bahagian bilik tingkat bawah akibat letupan kecil daripada sebuah radio lama.

Bagaimanapun, menurut Almy, tiada ahli keluarga yang tercedera dalam kejadian tersebut.

Manakala pada malam Rabu lalu, ibunya Roshida Hashim, 45, pula mengalami patah tulang rusuk kanan selepas terjatuh di bilik air.

“Alhamdulillah walaupun kebakaran agak teruk tetapi tiada siapa yang tercedera dan bomba dapat mengawal api sebelum merebak ke bahagian atas.

“Saya difahamkan ia berlaku apabila sebuah radio lama meletup secara tiba-tiba walaupun tiada sebarang aliran elektrik kepada radio tersebut.

“Belum sempat saya balik menjenguk keluarga, saya diberitahu ibu pula jatuh bilik air, bayangkan bagaimana perasaan saya ketika ini,” jelasnya.

Tambah Almy, perniagaan makanan sejuk beku yang baru sahaja diusahakan bersama ibunya turut tergendala.

“Kami baru sebulan mulakan bisnes karipap sejuk beku yang dibuat sendiri namun selepas rumah terbakar ia dihentikan sementara, ditambah pula ibu sekarang dalam keadaan tidak sihat.

“Insya-Allah kalau rumah sudah siap dibaiki dan ibu sihat, perniagaan itu akan disambung semula kerana permintaan setakat ini menggalakkan,” katanya.

Bagaimanapun, kata Almy dia menerima dugaan tersebut dengan hati yang tenang dan menganggap ia adalah sebagai satu ujian daripada Allah.

“Saya susah hati dan tiada pula tempat mengadu, semuanya saya tanggung sendiri.

“Sekarang saya hanya fikir positif dan anggap ujian tersebut adalah penghapus dosa-dosa yang telah saya lakukan,” katanya yang sedang menjalani penggambaran drama Maahad Al-Amin untuk televisyen Al-Hijrah. – mStar Online


















Cikgu Masukkan Jari Dalam Saya Punya

Memang Biadap!!! sangap punya pasal murid darjah 2 pun jadi mangsa.Pengakuan dibuat pelajar tersebut cikgu masukkan jari dalam kemaluannya baca info penuh

BESUT - Empat murid perempuan sebuah sekolah rendah di sini, mengadu dicabul oleh seorang guru di dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan pada 9 Jun lalu.Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, guru lelaki itu didakwa mencabul murid tahun dua di bilik kesihatan sekolah berkenaan.

Kisah itu terbongkar pada 21 Jun lalu apabila salah seorang daripada murid tersebut telah memaklumkan kepada ibunya mengenai perbuatan guru terbabit. Kanak-kanak itu memberitahu, guru berkenaan telah melakukan perbuatan lucah terhadapnya dan dua lagi rakannya.

Sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, ibu kanak-kanak terbabit segera membuat laporan polis di Balai Polis Jertih pada 24 Jun lalu.

Ketiga-tiga murid tersebut tinggal di kampung sama dan berdekatan dengan sekolah tersebut. Manakala sumber memberitahu, mangsa keempat murid tahun dua sekolah sama tampil membuat laporan kelmarin, mendakwa turut menjadi mangsa guru tersebut.

Difahamkan, perkara itu terbongkar selepas ibu mangsa mendengar kes berkenaan lalu bertanyakan kepada anaknya sama ada dia turut dicabul guru tersebut.Murid terbabit mengadu menerima nasib sama seperti rakannya dengan mendakwa guru berkenaan telah memasukkan jari ke dalam kemaluannya selepas menutup mata dan mulut dengan pita pelekat manakala kaki dan tangannya diikat dengan tali.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.




Kelahiran Bayi Berkepala 2

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya itulah yang berlaku kepada pasangan ini jom baca kisah penuh

Jogjakarta: Sepasang suami isteri tetap reda menerima ketentuan Ilahi apabila dikurniakan anak istimewa yang memiliki dua kepala.Menurut bapa bayi terbabit, Usman, pada peringkat awal dia memang terkejut dan panik apabila mengetahui keadaan fizikal anaknya itu tidak normal.

“Saya tidak pernah mendapat sebarang firasat dan tidak menyangka keadaan ini berlaku.

“Bagaimanapun saya dan isteri ikhlas menerima keadaan anak ini kerana ia adalah takdir Tuhan,” katanya.

Anak lelaki Usman itu dilahirkan di Hospital Bersalin Duta Mulya di Majenang, Cilacap, Jawan Tengah kira-kira jam 9.30 malam pada Rabu lalu dengan berat 4.2 kilogram.Pengarah hospital, Tatang Mulyana berkata, bayi itu sihat dan dilahirkan melalui pembedahan.ANAK istimewa pasangan Usman dan Munjiah masih dirawat di hospital.Kata Tatang, ia adalah anak kedua kepada pasangan Usman, 36, dan Munjiah, 27, yang menetap di Purwosari.

Menurut Usman, dia berharap bayi itu selamat dan sihat. Pada masa sama, Usman mengakui dia bingung apabila memikirkan jika anaknya itu terpaksa dirawat lebih lama di hospital. “Rumah saya jauh dan tentu memerlukan perbelanjaan tinggi untuk berulang-alik,” katanya. Sementara itu, Tatang berkata, anak Usman tidak dianggap kembar siam kerana hanya memiliki dua kepala, sedangkan organ dalaman lain normal selain sepasang tangan dan kaki.

“Dalam istilah perubatan, ia dikenali sebagai ‘dicephalus parapagus on joined twins’ atau kembar mulai dari leher hingga kepala.

“Ia mungkin berlaku akibat perubatan genetik ketika janin berusia dua minggu,” katanya. - Agensi

Perkara Penting Yang Umat Islam Perlu Tahu Jika Melanggar Sumpah

Memang Kena Tahu!! mungkin ramai yang tidak mengetahui apa yang patut dibuat jika langgar sumpah ialah manusia bila marah tidak dapat mengawal emosi lalu mula membuat atau bercakap bukan-bukan berikut admin kongsikan dengan pembaca mengenai sumpah

Antara saya dan pasangan berlaku pertengkaran kecil baru-baru ini. Berikutan itu, saya menghantar satu SMS untuk memberi kepercayaan kepadanya. Ia berbunyi seperti: ‘Saya berjanji dan bersumpah jika terjadinya perkara begini lagi, maka dengan ini gugur hubungan kita.’

Bagaimanapun, pasangan saya tidak bersetuju dengan SMS yang saya berikan itu. Mohon perjelasan Dr, adakah ini dikira taklik dan jika benar, bagaimanakah untuk saya membatalkan taklik ini? Bantuan Dr amat dihargai.

Abidurrahman


Kuala Lumpur


Cerai taklik ialah perceraian yang dikaitkan dengan sesuatu syarat ditetapkan. Kata-kata di atas termasuk dalam kategori taklik cerai. Ia juga dibuat dalam bentuk sumpah.Anda boleh membatalkan sumpah berkenaan. Cuma ia perlu dibayar kafarah (kifarat) sumpah apabila sumpah dibatalkan.

Termasuk dalam kafarah sumpah ialah sama ada anda (memilih) memberi makan 10 orang miskin, memberi mereka pakaian atau memerdekakan seorang hamba.Sekiranya anda tidak mampu melakukan satu daripadanya, hendaklah berpuasa sebanyak tiga hari sebagai ganti.

Hal ini dijelaskan dalam ayat al-Quran, maksudnya: “Kamu tidak dikira salah oleh Allah mengenai sumpah kamu yang tidak disengajakan, tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat.

“Dendanya ialah memberi makan 10 orang miskin daripada jenis makanan sederhana yang kamu berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka atau memerdekakan seorang hamba.

“Kemudian sesiapa yang tidak dapat, maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda sumpahmu apabila kamu bersumpah.“Dan jagalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-Nya supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Ma’idah, ayat 89)

Ibu Hamil Mengalami Pendarahan Setelah Cermin Keretanya Dipecah Dan Diugut Dengan Parang




MAYA menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.



Memang Kejam!!! beringatlah para pembaca sekelian kisah ini sebagai renungan kes ini sering berlaku baru-baru ini ditempat admin sendiripun turut terkena kes seperti ini mangsa membuat pengeluaran di bank kemudian singgah di warung untuk menjamu selera penyamun datang dengan mengeluarkan parang ugut mangsa untuk menyerahkan wang yang menyedihkan orang ramai sekadar melihat tidak dapat membantu dikhuatiri keselamatan tergugat dan kisah dibawah lebih kurang sama seperti cerita admin

Kuala Lumpur: Nyawa berada di hujung parang. Itu gambaran situasi genting dialami seorang wanita berusia 30 tahun apabila seorang daripada tiga penjenayah memecahkan cermin kereta Proton Pesona miliknya sebelum menghunuskan parang di lehernya.

Dalam kejadian jam 3.30 petang di depan sebuah bank di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, Selasa lalu, mangsa terpaksa melepaskan beg tangannya yang mengandungi wang RM15,000 kerana bimbang dicederakan.

Tambah memeritkan apabila mangsa yang mengandung tiga bulan itu turut mengalami pendarahan teruk akibat perbuatan kumpulan penjenayah terbabit.

Menceritakan semula kejadian itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Maya, 30, berkata, pada mulanya dia dan suami mengeluarkan wang simpanan mereka di sebuah bank di Setiawangsa, di sini, untuk melunaskan hutang.

“Saya dan suami kemudian pergi ke sebuah lagi bank di Jalan TAR kerana suami mempunyai urusan di bank berkenaan. Disebabkan tempat letak kereta penuh, suami hanya berhenti di bahu jalan di depan bank dan saya menunggu dalam kenderaan,” katanya.



28/06/13

Fesyen Terbaru Yang Bakal Mengundang Bala

Memang Pelik!!! Inilah trend wanita di negara Jepun slamber jer pakai seperti ini agak-agaknya perogol kat sana dah pupus atau perogol tidak mempunyai nafsu? cuba Anda bayangkan jika fesyen ini digunakan oleh wanita Malaysia apa akan jadi?