ADAKAH sah isteri dalam keadaan berwuduk bersentuhan dengan suaminya tanpa syahwat? Menurut kisah, Nabi Muhammad pernah mencium dahi isterinya ketika dalam keadaan berwuduk dan kemudian baginda terus ke masjid untuk bersolat tanpa memperbaharui wuduknya.
RAHIMAH,
Johor
Dr.Salam
MEMANG terdapat pendapat yang menyatakan sedemikian. Bagaimanapun, bagi mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat Melayu yang mengamalkan mazhab Syafie, pendapat sedemikian perlu diterangkan lebih lanjut.
Saya berpendapat, tidak cukup mengemukakan hadis di atas bagi menidakkan pegangan mazhab Syafie yang dipegang masyarakat Melayu turun temurun.
Mungkin pengajian fikah perbandingan antara mazhab perlu diketengahkan terlebih dulu supaya tidak timbul salah faham masyarakat.
Umum mengetahui, menurut mazhab Syafie, batal wuduk apabila berlaku sentuhan antara lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa lapik.
Bagaimanapun, mereka berbeza pendapat apabila ada membezakan antara orang yang menyentuh dan disentuh serta antara isteri dan mahram.
Ada yang menyatakan wajib wuduk hanya kepada orang menyentuh dan bukan yang disentuh dan suami yang menyentuh isterinya.
Ada juga berpendapat sama saja iaitu batal wuduk. Bagi mazhab lain, sentuhan menjadikan batal wuduk apabila disertai dengan rasa berahi.
Pegangan mazhab Syafie adalah yang paling selamat berdasarkan pengertian umum ayat al-Quran, maksudnya: “…atau kamu sentuh perempuan” (Surah al-Maidah ayat 6).
Bagaimanapun, perselisihan pendapat timbul dengan tafsiran ayat berkenaan.
Antaranya, maksud itu bukan sentuhan biasa tetapi bermaksud persetubuhan.
Apa yang penting dalam beragama ialah wuduk bertujuan menjadikan seseorang itu suci, bukan saja zahir malah batin. Ia penting dalam proses beribadat kepada Allah.
maaf bertanya..kesimpulannya..batal ke tidak wuduknya jika tersentuh?
BalasPadamTau xpe, xtau ksimpln ny ape..
Padamya la.. org tnya batal ke tidak.. lain plak dijwabnya..
Padamsaya tak faham juga... kesimpulannya apa?
Padambelit2 la.. cuba bg jawapan je.. street to the point.. jgn nak pening kan org!
Padamstreet to the point?
PadamKalau hg ikut mazhab syafie batal tp kalau hg ikut mazhab lain x batal. Tapi x brmakna mazhab syafie betul mazhab lain salah. Mazhab hnyalah panduan. Cth kalau hg pi masjid imam dh solat tp hg trpegang bini hg terus jelah solat mcm yg brlaku musim haji kalau trpegang bini xkan nk keluar tawaf lak amik wuduk. Ini ustaz yg bgtau aku. Mohon tegur jika silap.
PadamJadi?? Batal ker x?..
BalasPadamkesimpulannya ape..?? org tnya batal ker tidak.. lain plak jawapan yg diberi.. ntah2 die ini x pham soalan tue kot..
BalasPadamBatal. Kalau awak ikut mazhab shafie. Itu yang dia cuba sampai kan. Awak lain kali baca lah penerangan dulu. Hadam betul betul. Guna akal sebaiknya. Jangan malukan diri sendiri ok.
PadamTu la...batal ke tak ni?
BalasPadambc perenggan ke 7, barisan pertama..batal kn ckap kt ctu..
BalasPadamMana jawapan nya?
BalasPadamErm...rasa maksud nya batal lah...sbb kita ikut pegangan mazhab shafie.
BalasPadamBatal.batal.
BalasPadamawal2 ag die dh ckp btal bg yg mazhab syafie..
BalasPadam:) Kesimpulannya tak batal kalau berlapik semasa bersentuhan tu..
BalasPadamTerang pjg lebar tp kesimpulannye ape??mcm wt btambah cnfius je...bg 1 jwpan yg ringkas,padat n tepat...
BalasPadamlain ditanye, lain dijawab
BalasPadamHabis tu batal ke x?
BalasPadamKan dah tulis kat situ :
BalasPadam>> Umum mengetahui, menurut mazhab Syafie, batal wuduk apabila berlaku sentuhan antara lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa lapik.
>> Pegangan mazhab Syafie adalah yang paling selamat berdasarkan pengertian umum ayat al-Quran, maksudnya: “…atau kamu sentuh perempuan” (Surah al-Maidah ayat 6).
* Terdapat perbezaan pandangan ulama.. Jd, memandangkan kita mengikut Mazhab Shafie, maka batal lah wuduk..
Laa..ayat die bg maksudnye batal la...da jelas kot die terang..kn da kate ikut mazhab syafie n cara selamat rujuk surah al maidah ayat 6..
BalasPadamadoi...bgi jawapan pun tergantung..terangkn panjng2 tpi xsmpai mksd la...batal ke x?
BalasPadamBatal lah. Kalau awak ikut mazhab shafie. Tu pun takkan tak reti baca? Hadam dulu apa yang diterang. Paham betul betul. Jangan malukan diri sendiri.
PadamTu la nak tau ,batal ke tidak,suami isteri bersentuhan...ni soalannya pasal suami isteri..
BalasPadambatal mengikut mazhab shafie
BalasPadameerrr.. xpham la.. sori erk.. sye nie saudara bru.. so kalo bab agama nie sye krang pham ckit.. hehe.. ^_^..
BalasPadamMazhab Syafie : Suami Isteri yang bersentuhan tanpa lapik ketika ada wudhuk hukumnya batal wudhuk..sekalipun tanpa syahwat.. jadi, kalau tersentuh...kena la ambil wudhuk semula..
BalasPadamSuami isteri bukan muhrim ke?
BalasPadamBetul tanpa nama..bkn ke suami adelah mahram bagi isteri? Tlg br penjelasan
BalasPadamKalau mahzab syafie,batal kena amik wuduk semula
BalasPadamPernikahan adalah sesuatu yg menghalalkan persetubuhan... Tp wanita yg dikahwini masih bkn mahram kerana bkn dari keturunan... Jd batal wudhuk jika bersentuhan tanpa berlapik (mengikut mazhab syafie)
BalasPadamJgn kita mencampur adukkan mazhab lain dgn mazhab kita... Bkn kerana ianya salah tp ia akan mendatangkn kekeliruan...
Sy pyn memohon maaf jika tersilap...
Wallahualam..
Maaf,yg hadith mengatakan Rasululillah ada menciumbAisyah pastu terus ke masjid n solat tnpa berwudhuk,semula tu camne..mohon pencerahan n,atasi kekeliruan
BalasPadamBatal....
BalasPadamKembali kepada SUNNAH (perbuatan Nabi).
BalasPadamTidak batal jika merujuk pada perbuatan nabi.jadi kita nak ikut siapa sekarang? Kita ummat siapa?.jika sy tersentuh atau tergesel tangan isteri, tok guru surau kata batal wudhu, kena ambil semula.bukan kah Islam itu tidak menyusahkan? Dalam bab ini Nabi telah tunjuk melalui perbuatan nya utk diikuti oleh ummatya. So taat perintah Allah, ikut cara rasulnya.
Aku pun tpikir mcm ko..
Padam