PETALING
JAYA – Akibat menjaja cerita suami sendiri mati pucuk, seorang wanita
dicekik dan dibelasah dengan kerusi apabila suaminya itu mengamuk
selepas mendapat tahu berita yang mengaibkan itu tersebar di kawasan
perumahannya.Kejadian pada 1.45 pagi di Apartmen Idaman, Damansara Damai
itu berlaku selepas mangsa dituduh menyebarkan cerita kononnya suaminya
itu mati pucuk.
Wanita warga Indonesia itu bagaimanapun
bernasib baik selepas sempat menghubungi polis bagi mengelak dibelasah
dengan lebih teruk.Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Sal, 50, mengaku
sering dipukul dengan kerusi oleh suaminya meskipun melakukan
kesalahan kecil.
“Sejak
mula berkahwin tiga tahun lalu, suami tidak pernah bekerja, saya sahaja
yang cari duit, bila saya nasihat macam-macam dia maki saya,”
katanya.Dalam pada itu anggota polis yang hadir cuba menenangkan
suaminya meskipun suasana ketika itu agak tegang dengan pelbagai ugutan
diberikan termasuk mahu menceraikan isterinya.
Suami wanita itu
ketika ditemui berkata, dia kecewa dengan sikap isterinya yang gemar
menceritakan keburukan keluarga kepada orang luar dan jiran
tetangga.“Saya terpaksa menanggung malu dengan orang sekeliling kerana
dia buat cerita saya mati pucuk sebab itu saya maki dan pukul dia,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan