28/06/13
Kerana Aku..... 2 Orang Anak Hilang
Assalamualaikum kepada pembaca tegar blog memang gempaq ambil iktibar cerita ini
Kuala Lumpur: Dua kanak-kanak berusia 10 dan lapan tahun dilaporkan hilang selepas keluar membeli lampin adik bongsunya di sebuah kedai serbaneka di Jalan Ipoh, 13 Jun lalu.
Kehilangan Nordiana Shafiza Abdullah, 10 dan Muhammad Shafiz Denial Abdullah, 8, dikesan pada jam 2 petang selepas diminta bapanya untuk membeli lampin. Normaliza Mustafa, 33, ketika hadir ke Balai Berita Harian Metro, di sini, semalam, berkata, dia datang ke Kuala Lumpur untuk beberapa hari bersama suami dan lima anaknya atas urusan kerja suami. “Pada hari kejadian, saya berada di kawasan bandar dan meninggalkan anak-anak bersama suami di hotel. “Suami hanya dapat memberitahu saya mengenai kehilangan anak sembilan jam kemudian kerana saya tidak mempunyai telefon bimbit,” katanya. Menurutnya, suami merancang untuk pulang ke Johor keesokan harinya sebelum kedua-dua anak mereka hilang.
“Saya tak (tidak) sangka Diana dan Shafiz menghilangkan diri kerana mereka (anak) diajar untuk tidak mempercayai orang asing dan terus pulang ke rumah selepas membeli barang di kedai,” katanya yang sudah melaporkan kehilangan kedua-dua anaknya di Balai Polis Jalan Ipoh. Sehubungan itu, Normaliza merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Diana dan Shafiz menghubungi polis atau pegawai penyiasat Inspektor Shahrul Nizam di talian 012-3002795.Kuala Lumpur: Dua kanak-kanak berusia 10 dan lapan tahun dilaporkan hilang selepas keluar membeli lampin adik bongsunya di sebuah kedai serbaneka di Jalan Ipoh, 13 Jun lalu.
Kehilangan Nordiana Shafiza Abdullah, 10 dan Muhammad Shafiz Denial Abdullah, 8, dikesan pada jam 2 petang selepas diminta bapanya untuk membeli lampin. Normaliza Mustafa, 33, ketika hadir ke Balai Berita Harian Metro, di sini, semalam, berkata, dia datang ke Kuala Lumpur untuk beberapa hari bersama suami dan lima anaknya atas urusan kerja suami. “Pada hari kejadian, saya berada di kawasan bandar dan meninggalkan anak-anak bersama suami di hotel. “Suami hanya dapat memberitahu saya mengenai kehilangan anak sembilan jam kemudian kerana saya tidak mempunyai telefon bimbit,” katanya. Menurutnya, suami merancang untuk pulang ke Johor keesokan harinya sebelum kedua-dua anak mereka hilang.
“Saya tak (tidak) sangka Diana dan Shafiz menghilangkan diri kerana mereka (anak) diajar untuk tidak mempercayai orang asing dan terus pulang ke rumah selepas membeli barang di kedai,” katanya yang sudah melaporkan kehilangan kedua-dua anaknya di Balai Polis Jalan Ipoh. Sehubungan itu, Normaliza merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Diana dan Shafiz menghubungi polis atau pegawai penyiasat Inspektor Shahrul Nizam di talian 012-3002795.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan