Selamat Datang Ke BLOG MEMANG GEMPAQ Dan Membaca Untuk Pedoman......
Kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu berlaku ketika dua sahabat terbabit, Muhamad Kamil Mahasan, 23, dan Ibrahim Muhamed Zain, 19, keluar menaiki motosikal untuk membeli jersi TRW serta alat ganti motosikal sebelum menonton perlawanan final Piala FA.
Bagaimanapun, motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux menyebabkan kedua-duanya tercampak lima meter dari tempat kejadian.
Kenderaan dipandu seorang lelaki itu dikatakan dalam perjalanan dari Chiku ke FELDA Aring dan dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain lalu merempuh motosikal ditunggang Muhamad Kamil yang datang dari arah bertentangan.
Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan manakala pemandu kenderaan berusia 40-an tidak mengalami sebarang kecederaan.
Abang Ibrahim, Zulkifli, 31, berkata arwah sempat memberitahu ingin ke bandar Chiku untuk membeli jersi TRW kerana bersemangat menonton perlawanan akhir malam kelmarin.
Katanya, kedua-duanya yang bekerja di sebuah kilang sawit di Aring keluar ketika waktu rehat tanpa sempat makan tengah hari.
“Biasanya saya bersama arwah makan tengah hari bersama keluarga sebelum sambung bekerja jam 2 petang.
“Sebaik selesai makan, saya diberitahu ada kejadian menimpa Ibrahim. Saya bergegas ke tempat kejadian,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dengan mengambil keterangan daripada pemandu kenderaan terbabit.
“Mayat dua mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Aring,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan