Senator Datuk Boon Som Inong berkata, Kongkiat Bun Song, 10, yang menjalani dua pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan dalam otaknya percaya pertemuan dengan Najib dan Dr Mahathir dapat memberinya semangat untuk mengharungi penyakit dihidapi.
“Sejak dikesan menghidap penyakit itu, Kongkiat tidak dapat meneruskan persekolahannya kerana menjalani rawatan radioterapi dan kemoterapi serta rawatan susulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) setiap hari,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata, Kongkiat yang bercita-cita menjadi doktor mahu segera kembali meneruskan pelajaran di sekolahnya di Subang Jaya.
Kongkiat, anak kedua daripada tiga beradik adalah anak kepada pasangan Bun Song I Wan, 37, yang bekerja sebagai pemandu lori dan Channa Isin, 34, seorang suri rumah dari Pendang, Kedah.
“Bun Song dan isterinya resah sejak mengetahui keadaan kesihatan anak mereka serta memikirkan pendapatannya yang kecil tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan rawatan anaknya yang tinggi,” kata Boon.
Menurutnya, orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan boleh menghubungi Bun Song di talian 012-2680592. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan