SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Adakah Hukumnya Haram Bagi Wanita Bercukur Botak



Selamat datng ke blog memang gempaq semoga anda dapat ilmu tentang soaln yang hendak dibaca dibawah ini
Soalan:-

Ustazah: Saya ingin bertanya bolehkah kaum hawa ingin menbotakkkan kepala seperti seorang lelaki?Apakah hukum Haram atau sebaliknya....saya ingin mendapat kepastian


 
Jawapannya :-
Cukur kepala atau membotakkan kepala bermaksud membuangkan rambut di kepala dengan menggunakan pisau cukur atau seumpamanya sehingga lincin kepalanya. Allah jadikan wanita atau muslimah ini dengan sebaik kejadian dan dihiaskan dengan rupa dan paras yang cantik. Rambut perempuan juga merupakan perhiasan kepadanya. Setiap perhiasan yang Allah anugerahkan kepada perempuan wajiblah dijaga dengan baik mengikut syarak yang telah ditetapkan dalam Islam.
Hukum mencukur atau membotakkan kepala perempuan adalah haram kerana ia perbuatan yang tidak disukai oleh Nabi Muhammad saw di dalam hadisnya yang bermaksud :
“Rasulullah saw berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah” (Riwayat Imam Al-Bukhari)
Jelas hadis di atas ini, bahawa Nabi tidak menyukai dan berlepas tangan bagi wanita yang meraung-raung dan mencukurkan kepalanya ketika ditimpa musibah. Hal ini juga sama dengan wanita yang mencukur kepalanya dengan sengaja, ingin menjadi lelaki (tomboy), bernazar dan sebagainya. Menurut pendapat saya wanita yang cukur kepala atau menyerupai lelaki (tomboy) sama ada membotakkan kepala, berpakaian adalah sangat buruk dan hilang keindahan serinya yang asli, jika dilihat sekali seperti lelaki bila direnung rupanya wanita. Islam menegah muslimahnya menyerupai lelaki dan hukumnya adalah haram.
Al Imam an Nawawi dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim mengatakan bahawa :
“Adapun menggunting rambut dan memendekkannya (bagi seorang perempuan) untuk berhias dan kelihatan cantik, maka ia adalah harus jika mendapat izin dari suami dengan syarat tidak sampai menyerupai kaum lelaki”
Isteri yang ingin memendekkan rambut atau memotong sedikit rambutnya, mestilah mendapat restu atau izin suaminya terlebih dahulu. Manakala wanita yang tidak bersuami ingin memotong rambutnya untuk lebih cantik dan lebih kemas, maka ada ulamak berpendapat harus dengan syarat potongan rambutnya tidak menyerupai lelaki.
Kesimpulannya :-
Mencukur atau membotakkan kepala bagi muslimah, hukumnya adalah haram kerana menyerupai lelaki dan Rasulullah tidak menyukai perbuatan tersebut. Harus kepada muslimah yang ingin memendekkan rambutnya untuk kekemasan dan kecantikkan untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain, kerana rambut itu adalah aurat wanita dan hanya boleh diperlihatkan untuk mahramnya sahaja.
Oleh : Ustaz Noramin


Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info agama dengan tajuk Adakah Hukumnya Haram Bagi Wanita Bercukur Botak. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/adakah-hukumnya-haram-bagi-wanita.html?m=0. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 18/07/13

6 komentar untuk "Adakah Hukumnya Haram Bagi Wanita Bercukur Botak"

  1. Tanpa Nama19.7.13

    Thanks for ilmu mu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau perempuan ada masalah rambut gugur dan kelemumur boleh atau tidak botakkan rambut

      Padam
  2. Kalau rambut perang n mau sembahyang, adakah wajib d botakkan? (Perempuan)

    BalasPadam
  3. Kalau rambut perang n mau sembahyang, adakah wajib d botakkan? (Perempuan)

    BalasPadam
  4. Kalau nak botak kan kepala dengan sebab yang tersendiri macam mana ye? Hanya dalam rumah dan ahli keluarga sahaja yang nampak. Di luar memang memakai tudung.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama18.5.14

    Salam... Saya nak botakkan kepala dengan tujuan memebetulkan rambut.. Adakan masih haram? Bukan permanently nak botak tapi nak botak untuk tumbuh balik rambut yg rata.. Dan saya mmg pkai tdung...

    BalasPadam

Geng Blogger

Putera Izman