Selamat Datang Kepada Pembaca Tegar Blog Ini .Saya sekadar berkongsi cerita ini untuk menambah pengetahuan sahaja.....
Adakah sebarang cara yang berkesan dan selamat untuk membesarkan payudara? Apakah pandangan doktor mengenai produk mengepam payudara dan krim membesarkan payudara yang ada di pasaran?
Idah
Petaling Jaya, Selangor.
Anda mungkin tidak perlu menunggu lama kerana kehamilan lazimnya menjadikan payudara wanita membesar sehingga terpaksa menukar saiz pakaian dalam.
Pembesaran ini berlaku akibat peningkatan paras hormon estrogen sewaktu kehamilan. Ini satu kaedah yang selamat.
Krim yang anda maksudkan mungkin mengandungi bahan hormon estrogen yang boleh mendedahkan seseorang kepada penyakit lebih-lebih lagi jika dia mengalami masalah pengeluaran telur yang dinamakan anovulasi atau oligo-ovulasi. Begitu juga dengan pil berhormon yang juga boleh membesarkan payudara tetapi mungkin memberikan kesan sampingan yang lain pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan