Masalah ini menyebabkan saya tidak berminat melakukan hubungan seks. Saya sudah membeli pelincir di farmasi tapi tetap sakit.
Karim
Perak
Lelaki dewasa yang teruja seksual akan mendapati yang dia mudah mengeluarkan cecair jernih di penghujung anggota kelaminnya. Cecair ini dikenali sebagai air mazi. Apabila mula melakukan hubungan seksual atau mengurut penghujung anggota kelaminnya dan terasa amat terangsang, dia akan mencapai kemuncak rangsangan seksual dan mengeluarkan air mani atau ejakulasi.
Ejakulasi spontan boleh berlaku dalam mimpi dan fenomena ini dikenali sebagai mimpi basah. Jika anda pernah mengalami mimpi basah, itu bermakna anda sudah mencapai akhil baligh dan mempunyai sistem reproduktif yang matang.
Jika ini tidak berlaku dan anda tidak ada ciri atau perubahan akhil baligh yang lain seperti pembesaran halkum, ketumbuhan bulu roma di bahagian anggota kelamin dan tempat yang biasa untuk lelaki dewasa, maka ada kemungkinan anda tidak mencapai akhil baligh.
Situasi ini dikenali sebagai 'Hipogonadisme'. Anda perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan ujian darah bagi menyukat hormon reproduktif atau hormon testosterone anda. Jika anda sudah baligh dan tahu mengenai ejakulasi serta boleh mencapai ejakulasi ketika onani atau ketika sedang tidur (mimpi basah), itu bermakna anda berkemampuan untuk mencapai ejakulasi.
Jika anda hanya dapat ejakulasi secara sendiri, iaitu ketika anda melakukan onani tetapi tidak dapat mencapai ejakulasi dengan persetubuhan, kemungkinan besar anda mengalami masalah 'Traumatic Mansturbatory Syndrome' atau sindrom trauma akibat onani.
Anda perlu mendapatkan bimbingan dan rawatan. Pendek kata, anda perlu berjumpa doktor untuk mengatasi masalah itu dan bukan sekadar mencuba-cuba. Lagi lama perkara ini dibiarkan kemungkinan besar hubungan antara anda dan pasangan boleh tergugat.
Masalah seksual adalah masalah kesihatan dan perlu mendapat rawatan yang sebaiknya. Jangan berlengah lagi dan terus dapatkan bantuan doktor. Jika anda ingin berhubung dengan saya sila hantarkan e-mel ke dr_tambi@yahoo.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan