Dungun: “Badan saya menggigil selepas melihat kakinya putus,” kata Roslan Awang Bota, 29, mengenai kemalangan maut yang meragut nyawa rakan serumahnya di Kilometer 100 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan lampu isyarat Taman Uda Murni, Paka, dekat sini, jam 8.50 malam kelmarin.
Suhaimi Sulong, 38, terbunuh apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta Proton Persona di persimpangan lampu isyarat terbabit dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketika kejadian, mangsa, penyelia projek yang bekerja di loji petrokimia di Kerteh, dikatakan dalam perjalanan ke kedai makan sebelum membuat pusingan U di situ lalu dirempuh kereta terbabit yang datang dari arah Paka ke Kerteh.
Roslan berkata, dia bersama tiga rakannya hanya dikenali sebagai Wan Zulkifli, 27, Mohd Nasarudin, 28, dan Mohd Akmal Hakim, 23, sepakat untuk keluar makan bersama mangsa.ANGGOTA polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengangkat jenazah Suhaimi yang maut dalam kemalangan.
“Ketika hendak keluar, tiba-tiba dua rakan arwah datang ke rumah dan arwah meminta kami berempat keluar makan terlebih dulu serta akan menyusul kemudian,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin.
Tajuk Paling Popular
Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini
Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa
dengan tajuk Kaki Rakan Putus Depan Mata. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/09/kaki-rakan-putus-depan-mata.html?m=0. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown - 9/09/13
Belum ada komen untuk "Kaki Rakan Putus Depan Mata"
Catat Ulasan