SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Gadis Mengaku Buat Projek Dengan 10 Teman Lelaki

KULIM - Salah seorang remaja bawah umur ditahan semasa operasi cegah kegiatan lumba haram, awal pagi kelmarin mengaku sering melakukan hubungan seks sejak berusia 15 tahun dan sehingga hari ini telah melakukan perbuatan itu bersama lebih 10 teman lelakinya.

Menurutnya dia melakukan hubungan seks kerana suka dilayan oleh teman lelaki dan berbangga kerana memiliki ramai kekasih.

“Dia (teman lelaki) janji nak kahwin dengan saya, sebaliknya saya ditinggalkan kerana dia memiliki teman wanita lain. Sejak hari itu ramai lelaki yang berjanji akan menjadikan saya isteri mereka bagaimanapun semuanya tipu.

"Sekarang ini saya mempunyai ramai teman lelaki dan sudah banyak kali melakukan hubungan seks,” katanya yang membuat pengakuan berkenaan kepada Sinar Harian.

Dia antara dua remaja perempuan bawah umur yang ditahan dalam sekatan di Jalan Kilang Lama semasa operasi oleh Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Kulim.

Ketika ditahan, dia bersama seorang lagi remaja perempuan berusia 16 tahun, menjadi pembonceng motosikal yang dibawa teman lelaki masing-masing.

Teman lelaki mereka bagaimanapun dibebaskan setelah didapati memiliki dokumen seperti lesen dan kad pengenalan diri yang lengkap. 

Difahamkan, bagi mana-mana remaja perempuan ditahan kerana berpelesiran selepas tengah malam, polis boleh mengarahkan ibu bapa mereka datang ke balai untuk mengambil mereka pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, tindakan itu antara cara pencegahan dilakukan polis untuk memastikan remaja perempuan tidak terlibat dalam sebarang kegiatan berunsur jenayah atau menjadi mangsa rogol.

Menurutnya, sehingga kini remaja bawah umur terutama pelajar sekolah merupakan golongan paling ramai terlibat dalam kes rogol.

Katanya, walaupun perlakuan seks atas kerelaan mangsa atau suka sama suka, ia masih dianggap rogol jika mangsa bawah umur.

“Ada kalangan mangsa menyatakan mereka sanggup lakukan hubungan seks setelah kekasih mereka itu yang berjanji akan berkahwin dengan mereka. Bagaimanapun janji hanya tinggal janji apabila hubungan cinta itu tidak kesampaian.

"Selain itu remaja hari ini terlalu ghairah melakukan hubungan seks setelah melihat adegan lucah yang terdapat dalam talefon bimbit atau melalui Internet. Semua ini merangsang mereka untuk mencuba," katanya.

Terdahulu menurutnya, dari pengakuan dibuat, 95 peratus kalangan remaja perempuan bawah umur ditahan polis mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelaki atau kekasih masing-masing.

Beliau turut menasihatkan remaja perempuan bawah umur terutama kepada teman lelaki mereka supaya jangan sesekali melakukan hubungan seks dengan mana-mana gadis bawah umur.

Menurutnya, sekiranya ada mana-mana pihak membuat laporan polis, kes itu akan di siasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum dengan sebatan dan penjara dengan tempoh yang lama.


Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Gadis Mengaku Buat Projek Dengan 10 Teman Lelaki. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/10/gadis-mengaku-buat-projek-dengan-10.html?m=0. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 7/10/13

7 komentar untuk "Gadis Mengaku Buat Projek Dengan 10 Teman Lelaki"

  1. Tanpa Nama22.10.13

    WAHAI PEREMPUAN-PEREMPUAN TOLONG JAGA MARUAH DIRI DAN KELUARGA.BERTAUBATLAH DAN BELAJAR AGAMA SEMULA UNTUK TERUSKAN HIDUP.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama27.10.13

    pompuan zaman sekarang sama teruk dengan lelaki!!!

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama10.11.13

    Pmpuan yg tk da otak je yg buat.gtu! ...tk berfikiran panjang .. yg dia thu siok.. tp tk tw lelki tu saje nk main2 kn dya.. tp bg aqu.. lelki pn same je.. tk tpti jnji.. bodk ek..
    pmpuan dgn lelki sama jew... tp tk lar semua gtu.. orng yg berfikiran cetek je tu buat bodok!!!!

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama1.1.14

    byk sgt pgaruh2 filem melayu yg berunsurkan rempit .. sebab tu rakyat ingin menjadi n meniru watak pelakon yg mereka kagumi dgn adegan2 pergaduhan dan sebagainya yg boleh mempengaruhi remaja utk action2 kt org awam n member2 dorang

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama12.6.14

    salahkn filem lak ko ni em......salhkn diri sendiri tu.jgn nk slhkn mne2 pihak.skg ni mne pegi mak bapak bdak ni.asal ko biarkn ank ko ni keluar sana.keluar sini.taktentu arah...pstu nk salahkn orang TEPOK DADA TANYE SLERO

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama12.6.14

    semua ppuan snang trmakan janji lelaki dan snang merelakan tbuh mreka kpd tmn lelaki mreka.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama12.6.14

    Mmg betol pn salah filem/drama melayu.......bleh dikatakn setiap cita melayu ada babak berunsurkn rogol/seks/gangsterisme/vandalisme......cita cinta ada rogol ataupn hamil sblum nikah.....cita gangster ada bohsia/pelacur.....cuba tgk cita jepun....mana ada semua benda yg x bermanfaat.....walaupun kes bunuh diri kt jepun tinggi tp filem mereka menunjukan bagaimana seseorg itu bangkit dan buknnya bunuh diri.......semua benda positif jaa.....

    BalasPadam

Geng Blogger

Putera Izman