30/04/14

Aksi Remaja Isap Kemaluan Paderi Dalam Gereja Dirakam

RIO DE JANEIRO Rakaman video lucah memaparkan seorang remaja melakukan seks oral ke atas paderi dalam sebuah gereja dijual di jalanan Brazil, semalam, dalam satu lagi pendedahan skandal pedofilia membabitkan gereja Katolik.

Aksi menggunakan kamera tersembunyi itu dijual secara haram dan dimuat turun menggunakan Bluetooth ke dalam telefon bimbit pelanggan dengan harga di antara RM9.50 dan RM19.15.Akhbar Folha de Sao Paulo melaporkan, pelaku aksi sumbang itu adalah Monsignor Luiz Marques Barbosa, 84, yang membiarkan dirinya diperlakukan di depan pendupa gereja oleh remaja lelaki bekas penyanyi kumpulan koir.

Dalam rakaman itu juga, remaja berusia 19 tahun itu mengaku didera Barbosa sejak kecil.Pendedahan rakaman itu dalam program televisyen Brazil bulan lalu mendorong siasatan peringkat Parlimen dilakukan ke atas paderi terbabit.

Ia sekali gus mengesahkan bahawa penderaan seksual oleh kalangan paderi pedofilia memang berleluasa di benua Eropah dan Amerika, selain menjejaskan imej pemimpin tertinggi Kristian ketika ini, Pope Benedict XVI.

Barbosa yang mengendalikan gereja di bandar Arapiraca, ditahan beberapa hari lalu dan kini diletak dalam tahanan rumah, manakala pasportnya dirampas.Dua paderi tempatan lain yang dikaitkan dengan amalan pedofilia oleh tiga bekas anggota kumpulan koir gereja juga diperintah tidak meninggalkan bandar berkenaan.

Menurut laporan memetik peguam Barbosa, paderi itu mendakwa diperas ugut dan membayar RM73,519 untuk mengelak ia disebar kepada umum.Bagaimanapun, kata peguam itu, ia akhirnya terdedah apabila Barbosa enggan membuat bayaran tambahan.

Barbosa juga menafikan dia seorang pedofilia. Sementara itu, ketua paderi di Arapiraca, Valerio Breda, menulis surat meminta maaf atas kejadian memalukan itu.Katanya, pihaknya ‘memohon maaf atas nama gereja’.“Saya amat malu dengan pendedahan berkenaan,” katanya.


sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan