29/04/14

Gadis Trauma Dan Ketakutan Apabila Bekas Pakwe Ugut Sebar Gambar B*gel

Pakwe Ugut Sebar Gambar B*gel | Seorang wanita berusia awal 20-an dibelenggu trauma dan ketakutan berikutan ugutan bekas kekasihnya mahu menyebar gambar bogel mangsa selepas memutuskan hubungan mereka, awal bulan lalu.

Malu, bimbang keluarga tahu Malah, bekas teman lelakinya yang juga berusia 20-an dikatakan turut menampal gambar bogel pembantu jualan berkenaan di pintu pagar rumah sewa mangsa yang menyebabkannya malu serta bimbang diketahui ahli keluarga.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman, berkata wanita berkenaan memberi gambarnya kepada lelaki itu ketika mereka masih menjalinkan hubungan sejak setahun lalu.“Suspek turut mengunjungi premis mangsa bekerja semata-mata untuk memberi gambar bogel yang dicetak daripada telefon bimbitnya kerana tidak puas hati dengan tindakan wanita berkenaan memutuskan hubungan.

“Bimbang gambar terbabit dimuat turun ke laman sosial, mangsa tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membuat laporan,” katanya ketika dihubungi, semalam.Pantau tindakan anak Katanya, pihaknya akan menyiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Wan Mohd Samsudin mengingatkan ibu bapa memantau dan mengawasi tindakan anak mereka bagi mengelak perkara tidak bermoral, lapor Berita Harian.Pada masa sama, katanya, orang ramai perlu berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya merakamkan gambar lucah walaupun untuk koleksi peribadi kerana dibimbangi disalah guna pihak tertentu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan