SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Terlalu Mengantuk Sangat Itu Petandanya Anak Nak Pergi



Nasib Malang Keluarga Ini Sudah Tersurat Kehidupannya.Terimalah Kematiannya Dengan Hati Redha....

KUALA TERENGGANU - Rasa mengantuk luar biasa yang dialami seorang ibu sepanjang hari rupa-rupanya adalah petanda beliau akan kehilangan anak lelaki buat selamanya.
   
Kalsom Sulong, 82, ibu kepada Abdul Rashid Mansor yang terkorban dalam nahas membabitkan konvoi motosikal berkuasa tinggi di Johor hari ini, berkata beliau berasa amat mengantuk sejak semalam.
   
"Mak Cik tidak menyangka rasa mengantuk itu rupanya petanda anak lelaki Mak Cik itu akan pergi buat selama-lamanya.

   
"Biasanya makcik tak pernah tidur dan rasa mengantuk pada siang hari. Tapi semalam, makcik rasa sangat mengantuk dan tak boleh buka mata," katanya kepada pemberita di rumahnya di Taman Permint Jaya, Chendering malam ini.   

Abdul Rashid, 48, maut dalam nahas yang turut meragut nyawa seorang lagi rakannya pada kira-kira 1 petang apabila motosikal mereka berlanggar dengan sebuah lori tangki di Kilometer 38, Jalan Johor Bahru-Mersing.
  
Nahas itu turut menyebabkan tiga lagi penunggang motosikal berkuasa tinggi lain cedera.
   
Kalsom berkata anak bongsunya itu pergi ke Johor pada Jumaat lepas dan menantunya, yang juga isteri mangsa, Zuhariyaton Abdul Rahman, 42, serta anak mereka, Mohamad Aiman Daniel, 3, turut mengiringi konvoi berkenaan dengan menaiki sebuah kereta.
   
Katanya, meskipun terkejut dengan kejadian yang menimpa anak bongsu daripada tujuh beradik itu, beliau serta keluarga tetap pasrah dan reda dengan ketentuan Tuhan.
   
Kalsom berkata beliau mengetahui nahas itu selepas menerima panggilan daripada menantunya.
   
"Pada kira-kira pukul 2 petang, menantu telefon dan berkata Rashid dah tak ada, dia dah meninggal dunia dalam kemalangan," katanya.
   
Kalsom turut memaklumkan jenazah Abdul Rashid dijangka tiba di sini kira-kira pukul 11 malam dan akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Chendering pada tengah malam ini. -










Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Terlalu Mengantuk Sangat Itu Petandanya Anak Nak Pergi . Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/terlalu-mengantuk-sangat-itu-petandanya.html?m=0. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 2/07/13

Belum ada komen untuk " Terlalu Mengantuk Sangat Itu Petandanya Anak Nak Pergi "

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman