SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

3 Gambar Kanak-kanak Berusia 10 Tahun Dipaksa Jadi Pelacur Dan Hamba Seks Jalanan

Penyiasatan Sunday People mendedahkan kanak-kanak terbiar, kotor serta penagih gam dan kokain dieksploitasi pengedar dadah dan bapa ayam untuk keuntungan.Kanak-kanak berusia 10 tahun dipaksa melacur di jalanan sekitar Brazil bagi memenuhi selera seks peminat bola sepak sempena Piala Dunia di negara itu.Kebanjiran lebih 600,000 peminat daripada seluruh dunia ke Brazil menambah nasib buruk kanak-kanak itu.

Foto

Mark Williams Thomas terbang ke Recife untuk menemu bual kanak-kanak yang terperangkap dalam kancah pelacuran“Selaku bekas detektif serta berpengalaman menyiasat selama 30 tahun mengenai penderaan kanak-kanak termasuk kes skandal Jimmy Savile, apa yang saya temui di Brazil membuatkan saya menggeletar.“Beribu-ribu kanak-kanak berada dalam keadaan terdesak.

Foto

“Pencari pelanggan untuk seks serendah RM7.12 selepas bapa ayam memaksa mereka berpakaian dan bersolek agar kelihatan lebih tua.“Mereka berulang-alik bagi menjalankan perdagangan kotor itu hanya beberapa ela dari hotel yang didiami peminat British.“Mereka juga perlu menghidu gam untuk menghentikan rasa kelaparan.

“Malah, mereka takut selepas seorang pelacur ber–usia 14 tahun dibunuh dan mayatnya dibuang di jalanan beberapa bulan lalu oleh seorang lelaki yang enggan membayar perkhidmatan seks,” katanya.Pemerdagangan mengejutkan membabitkan kanak-kanak perempuan dan lelaki berada di bawah pemerhatian polis.

Dengan suasana pantai yang menarik dan di sebelah bangunan pencakar langit, Recife adalah bandar kelima terbesar di Brazil serta tuan rumah kepada lima perlawanan Piala Dunia.Recife juga terbabit dengan dadah dan penderaan kanak-kanak seperti mana yang dikatakan seorang pekerja amal, ia adalah sama di semua bandar di negara ini.

Sebaik saja pelancong tiba di lapangan terbang, pemandu teksi yang menunggu akan menawarkan pelancong membeli dadah atau seks.Kanak-kanak terbabit akan duduk di sekitar dataran pusat bandar, tempat yang sama peminat bola sepak berkumpul.Ia mungkin dianggap tempat kejadian yang tidak membahayakan, tetapi ramai kanak-kanak ini menawarkan seks tanpa berfikir dua kali.

“Terlintas di fikiran semuda manakah kanak-kanak ini kerana mereka cuba berlagak agar kelihatan lebih tua dengan pakaian dan solekan.“Dengan ditemani penterjemah dan mubaligh yang bekerja dengan kanak-kanak di jalanan, saya bercakap dengan tiga budak perempuan, seorang daripadanya jelas tidak waras kerana menghisap dadah dan menghidu gam.

“Lorrisa baru berusia 13 tahun dan saya pasti tubuh kecilnya itu terbantut akibat dadah.Dia menghidu gam industri yang kuat daripada sebuah botol plastik yang mereka namakan sebagai ‘cola’.“Saya rapatkan botol itu ke hidung dan cuba melihat isi kandungannya, namun bau yang terlampau itu menyakitkan kepala saya,” kata Mark.Menurut Lorissa, menghidu gam membuat–kan dia pening dan kebas sekali gus menghentikan rasa lapar, oleh itu dia tidak perlu makan.

“Ia membantu saya menghadapi keganasan dan bahaya di jalanan,” kata Lorissa.Seketika kemudian, Raphaela, 13, rakan Lorissa turut menyertai perbualan kami.“Saya sering didatangi puluhan lelaki yang mahukan khidmat seks sama ada penduduk tempatan, pelancong dan pemandu teksi.“Mereka akan membayar BRL10 (RM14.28).

“Rakan saya, Mickela tinggal di jalan dan dia dibunuh pada hari polis merusuh.“Seorang lelaki menjemputnya di stesen kereta api Metro dan dia mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu.“Tetapi, lelaki itu enggan membayar Mickela lalu dia dibunuh dan mayatnya dibuang. Ia berlaku hanya beberapa minggu lalu,” kata Mickela, 14.

Seorang pelacur tua yang berperanan sebagai ibu kepada kanak-kanak terbabit memberitahu polis gagal mencari pembunuh itu.Dalam tempoh tiga jam Mark menghabiskan masa berbual dengan kanak-kanak itu, dua kali kereta polis melewati mereka, tetapi pegawai polis itu tidak melakukan apa-apa.

Ia membuatkan keba–nyakan bapa ayam datang dan pergi bersama pengedar dadah selamat daripada pengetahuan polis.Calliem, 14, memberitahu Mark bagaimana dia mula menjual tubuhnya untuk seks pada usia 11 tahun.“Saya melakukan hubungan seks dengan lelaki dan mereka hanya membayar saya RM7.13,” katanya.

Calliem adalah pengguna tetap cola, ganja dan kokain crack, memperoleh kokain itu daripada peniaga di jalanan.“Ayah saya sudah mati, ibu saya tinggal di tempat perlindungan bersama ibu saudara dan saya mempu–nyai sembilan adik-beradik.“Tiga daripadanya mati. Seorang darinya maut dalam satu tembakan,” katanya.

Keluarga yang masih ada tahu kegiatannya yang hidup di jalanan dengan menjual diri untuk seks.Perkara yang paling mengejutkan adalah cara dia bercerita mengenai hidupnya, seolah-olah ia adalah normal dan boleh diterima.Calliem memberitahu Mark, dia takut jika Piala Dunia hanya menarik lebih ramai lelaki mengadakan hubungan seks.Wanita berumur 41, yang tinggal di jalanan sejak ber–usia tujuh tahun berkata: “Kanak-kanak menghadapi risiko besar daripada lelaki dan pelancong tempatan.

“Seorang budak berumur 10 tahun dipaksa menjadi pelacur.“Kanak-kanak ini me–ngikut kebanyakan lelaki kerana mereka ketagih pada dadah dan memerlukan wang yang lebih banyak untuk membeli dadah.“Mereka menggunakan dadah untuk berasa kebas akibat penderaan seksual, mula menjadi ketagih lantas perlu menjual diri ber–ulang kali bagi mendapatkan wang,” katanya.

Dadah mudah diperoleh secara meluas di Brazil dan negara ini berada dalam genggaman wabak kokain crack.Menurut Mark, dia bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun yang ketagih crack dan cola dan menjadi bapa ayam oleh seorang lelaki yang mereka gelar Pak Cik.“Saya juga dibawa ke kawasan setinggan terkenal Santo Amaro untuk bercakap secara rahsia dengan seorang pengedar dadah berpangkat pertengahan, Stephanie.

“Dia memberitahu hanya menjual crack kepada remaja dan orang tua malah seorang pelanggannya bergelar peguam.“Apabila saya memberitahunya dadah itu sering dijual kepada anak-anak muda, dia mula menangis kerana mempunyai anak ketagih ‘crack’,” katanya.Beliau juga bertemu komander polis, Mejar Angelo yang menjemputnya ke stesen bersama seorang pegawai dari Jabatan Pemerdagangan Manusia.

“Pegawai polis terbabit memberitahu terlalu banyak kes seksual membabitkan kanak-kanak di negara itu sehingga mereka tidak ingat satu persatu,” katanya.Mejar Angelo menambah: “Kami memandang serius isu berhubung peminat mahu melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak.“Kami menubuhkan talian bantuan dan bertindak segera dengan mana-mana panggilan serta mencari bukti,” katanya.

Namun tidak pasti sejauh mana serius dan ikhlas anggota polis di negara itu bagi membanteras kegiatan seks membabitkan kanak-kanak.Namun operasi pengawasan yang mudah selama lebih seminggu mungkin mampu memerangkap ramai pesalah seks dan dapat menyelamatkan kanak-kanak.Polis di United Kingdom akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Brazil untuk menyekat kemasukan pesalah seks kanak-kanak yang dikenali. - The Mirror

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk 3 Gambar Kanak-kanak Berusia 10 Tahun Dipaksa Jadi Pelacur Dan Hamba Seks Jalanan. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL https://gempaqgiler.blogspot.com/2014/06/3-gambar-kanak-kanak-berusia-10-tahun.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 20/06/14

Belum ada komen untuk "3 Gambar Kanak-kanak Berusia 10 Tahun Dipaksa Jadi Pelacur Dan Hamba Seks Jalanan"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman