SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Pelik!! Wanita Ternak 100,000 Lipas Dan Menganggap LipasTersebut Anaknya

Guangzhou: Seorang wanita warga Guangdong mendedikasikan hidupnya dengan menternak 100,000 lipas dan menganggap serangga itu anaknya.Pembiakan lipas untuk tujuan perubatan dan kosmetik adalah antara industri yang berkembang pesat di China ketika ini.Tetapi tiada siapa yang begitu tekun seperti Yuan Meixia, 37, yang menjadi terkenal di Guangdonag kerana mempunyai lebih 100,000 lipas.

Foto

Dia memelihara lipas iaitu di sebuah rumah lama berhampiran hutan berhampiran hutan di kampungnya.“Lipas yang sering anda dilihat ialah Blattella Germanica, tetapi baka yang saya biak ialah Periplaneta Americana.“Ia penggemar makanan kanji dan manisan,” katanya.LIPAS yang diternak hanya memakan manisan dan makanan berkanji.

Bahagian siling dan dinding rumah lipas itu ditutup dengan konkrit. Ketika cuaca panas terik, Yuan menyejukkan suhu dengan menyiram air pada dinding rumah berkenaan. Apabila keadaan terlalu sejuk, dia memanaskan bilik itu menggunakan api dapur.“Lipas paling aktif pada waktu malam. Ia akan mencari makanan dan pasangan,” katanya.

Yuan menyediakan makanan untuk serangga itu dan mengasingkan anak dengan lipas dewasa, kemudian meletakkan mereka ke dalam kotak serta papan kayu pada jam 6 petang setiap hari.Menurut Yuan, lipas akan mula mengawan selepas makan dan lipas jantan mati sejurus selepas itu.Selain membiak lipas, Yuan mempunyai kerja tetap sebagai kerani farmasi.

“Tahun lalu, saya menonton program mengenai seorang wanita di wilayah Anhui yang membiak lipas untuk tujuan perubatan. “Saya menghabiskan ribuan yuan selama seminggu di sana untuk belajar memberi lipas makan. Saya juga menghabiskan 10,000 yuan (RM5,200) untuk membeli telurnya. Sekarang saya mempunyai 100,000 lipas dan menternaknya adalah tugas kedua saya,” katanya.

Yuan berkata, setelah lipas dewasa, ia akan melemaskannya di dalam air, mengering dan membungkusnya ke dalam plastik sebelum menjualnya di kilang farmasi di Anhui. - Agensi

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info pelik dengan tajuk Pelik!! Wanita Ternak 100,000 Lipas Dan Menganggap LipasTersebut Anaknya. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL https://gempaqgiler.blogspot.com/2014/06/pelik-wanita-ternak-100000-lipas-dan.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 14/06/14

1 Komentar untuk "Pelik!! Wanita Ternak 100,000 Lipas Dan Menganggap LipasTersebut Anaknya"

Geng Blogger

Putera Izman