SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Abang Celaka Tergamak Rogol Adik Kandung Bergilir-gilir

Alor Gajah: Dua beradik layak digelar ‘abang durjana’ apabila dipercayai sanggup merogol adik kandungnya secara bergilir-gilir sejak 10 tahun lalu dan kejadian terbaru pada Ahad lalu.Tindakan terkutuk kedua-dua lelaki awal 20-an itu terbongkar selepas gadis 19 tahun berkenaan, nekad melarikan diri dari rumah mereka di sebuah taman perumahan di daerah ini.

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, mangsa bertindak keluar dari rumah sebelum mendapatkan bantuan jiran untuk membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah, jam 12 tengah malam pada hari sama.Sumber berkata, mangsa yang tidak bekerja itu dipercayai dirogol kedua-dua abangnya secara bergilir ketika berusia sembilan tahun ketika ibu bapa mereka tiada di rumah.

“Sepanjang tempoh itu mangsa tidak menceritakan tragedi hitam hidupnya kepada sesiapa kerana diugut akan dipukul jika perbuatan dua abangnya itu terbongkar,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.Menurutnya, dipercayai perbuatan jijik yang berterusan sejak pertengahan 2005 itu turut mengakibatkan mangsa beberapa kali mengandung dan mengalami keguguran tanpa pengetahuan ibu dan bapanya.

“Bimbang dengan ugutan lelaki itu, mangsa hanya mendiamkan diri setiap kali dirogol secara bergilir-gilir oleh lelaki berkenaan.“Tidak tahan melihat wajah dua abangnya itu dan mengelak daripada dijadikan hamba seks, mangsa bertindak keluar dari rumah setiap kali lelaki berkenaan berada di rumah terbabit,” katanya.

Sumber berkata, bimbang rahsia yang disimpan sekian lama terbongkar, kedua-dua lelaki itu mengekori setiap pergerakan mangsa sama ada di dalam mahupun di luar rumah.“Namun, pada tengah malam Ahad lalu, kedua-dua lelaki itu dipercayai masuk ke bilik adiknya sebelum menanggalkan pakaian mangsa dan merogolnya secara bergilir beberapa kali.

“Tidak tahan dengan sikap buas dua abangnya dan trauma dengan kejadian berkenaan, mangsa bertindak nekad lari dari rumah kelmarin sebelum dibantu jiran membuat laporan polis,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham mengesahkan mengenai laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Abang Celaka Tergamak Rogol Adik Kandung Bergilir-gilir. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2014/04/abang-celaka-tergamak-rogol-adik.html?m=0. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 27/04/14

Belum ada komen untuk "Abang Celaka Tergamak Rogol Adik Kandung Bergilir-gilir"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman