SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Suami Mempunyai 2 Isteri Tergamak Rogol Anak Gadis Sendiri Sejak Berusia 10 Tahun

KUALA TERENGGANU : Seorang penjaga dusun tergamak menjadikan anak sulungnya sebagai pemuas nafsu sejak mangsa berusia 10 tahun dan berlarutan sehingga mangsa kini berusia 16 tahun, dalam kejadian di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun.

Menurut sumber, perbuatan jijik suspek berusia 38 tahun terhadap mangsa terbongkar selepas dipaksa ibunya menceritakan kejadian sebenar apabila dimaklumkan perubahan sikap mangsa yang cuba melarikan diri serta terlalu takut setiap kali berhadapan suspek.

Perubahan ketara anak sulung daripada tiga beradik itu mula disedari ibu saudaranya selepas mangsa dirogol dalam kejadian terbaru 12 September lalu, kira-kira jam 9.30 malam di sebuah kebun di Bandar AMBS Dungun sebelum memaklumkan kepada ibunya.

“Mangsa yang belajar di sebuah sekolah asrama akan pulang ke rumah neneknya setiap dua minggu bagi menghabiskan cuti hujung minggu, sementara ibunya menetap di Wakaf Tapai, Marang kerana bekerja di sana.

“Semasa itulah, suspek ambil kesempatan mengajak mangsa bermalam di kebun tempat dia bekerja tidak jauh dari rumah nenek sebelum melakukan perbuatan terkutuk tanpa kerelaan mangsa,” katanya, semalam.

Sumber berkata, disebabkan terlalu takut, mangsa hanya membiarkan suspek yang turut memiliki dua isteri itu melakukan perbuatan jijik itu terhadap dirinya buat sekian kalinya.

“Sebaik melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek tanpa rasa bersalah menghantar mangsa pulang ke rumah ibu yang juga nenek mangsa pada keesokan harinya,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa yang trauma mula menunjukkan perubahan sikap dengan sering menjauhkan diri, serta dilihat sentiasa berada dalam ketakutan setiap kali berdepan dengan suspek dan disedari ibu saudaranya sebelum memaklumkan kepada ibunya.

“Sejurus menerima berita itu, ibu mangsa berusia 30-an segera ke sekolah untuk berjumpa mangsa dan selepas puas dipujuk, barulah mangsa berani membuka mulut menceritakan kejadian sebenar.

“Mangsa turut mendakwa menjadi pemuas nafsu bapanya sejak berusia 10 tahun lagi, dan hanya berdiam diri kerana bimbang akan diapa-apakan bapanya yang sering mengugut akan memukul dan bertindak lebih kasar jika dia menceritakan kepada ibunya,” katanya.

Terkejut dengan pendedahan mangsa, ibu mangsa yang juga isteri pertama suspek membuat laporan polis pada 23 September lalu sebelum suspek ditahan di rumah isteri keduanya di Wakaf Tapai, Marang, kira-kira jam 11.10 pagi, kelmarin.

Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Rosila Nik membenarkan suspek direman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram. – Sinar Harian

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Suami Mempunyai 2 Isteri Tergamak Rogol Anak Gadis Sendiri Sejak Berusia 10 Tahun. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2014/04/suami-mempunyai-2-isteri-tergamak-rogol.html?m=0. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 29/04/14

Belum ada komen untuk "Suami Mempunyai 2 Isteri Tergamak Rogol Anak Gadis Sendiri Sejak Berusia 10 Tahun"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman