Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, Mohd Arsyad Othman, 26, parah terkena 11 tetakan ketika melawan dengan penyamun bertopeng dipercayai warga asing bersenjatakan dua parang dan tiga kayu.Difahamkan, ketika Arsyad bertarung dengan dua lelaki terbabit, tiga lagi penyamun mengepung ibu dan adiknya sambil mengawal keadaan.
Melihatkan Mohd Arsyad ditetak berkali-kali, ibunya, Zaharah Bakar, 57, melaungkan ‘Allahuakbar’ kerana tidak mampu berbuat apa-apa apabila dikepung tiga penjenayah bersama anaknya, Nor Adibah, 23.Menceritakan detik cemas itu, Mohd Arsyad berkata, dengan kudrat yang ada dia cuba melawan penyamun terbabit kerana bimbang akan mengapa-apakan ibu dan adik perempuannya.
“Saya yang ketika itu tidur di ruang tamu tersedar apabila mereka memukul belakang saya dengan kayu.“Selepas itu, saya lihat lima penyamun berada dalam rumah dengan tiga daripada mereka sudah mengepung ibu dan adik,” katanya yang kini stabil selepas mendapatkan rawatan di Hospital Muadzam Shah (HMS) di sini.
Mohd Arsyad berkata, seorang penyamun terbabit cuba menetaknya di kepala, namun dia sempat menahan dengan tangan sebelum mencapai sebatang besi dan terus berlawan.“Tanpa mempedulikan kesakitan, saya melawan walaupun penyamun itu melibas parang berulang kali sehingga mengenai beberapa bahagian badan,” katanya yang bekerja kampung.
“Ketika itu saya hanya terfikir keselamatan ibu dan adik perempuan walaupun nyawa saya jadi taruhan,” katanya yang bekerja kampung.Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata, melihatkan tindakan agresifnya, penyamun terbabit melarikan diri dan hanya sempat mengambil dompetnya mengandungi wang tunai RM400 dan satu komputer riba.
“Selepas itu baru saya sedar tangan kanan terkena tetakan sehingga nampak tulang dan seluruh badan terasa sakit,” katanya.Mohd Arsyad berkata, anggota polis yang tiba selepas membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah jam 5 pagi, menemui dompetnya dicampak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.
“Namun, wang tunai di dalam dompet itu diambil penyamun, tetapi saya bersyukur kerana semuanya selamat,” katanya.Menurutnya, ia adalah kejadian kedua selepas kali pertama rumahnya dimasuki penyamun lapan tahun lalu menyebabkan kerugian dianggarkan RM2,000.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan pihaknya sudah mengenal pasti penjenayah dipercayai warga asing terbabit.
sumber
Tajuk Paling Popular
Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini
Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa
dengan tajuk Demi Pertahankan Maruah Adik Perempuan Dan Ibunya Lelaki Ditetak Hingga Nampak Tulang. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2014/04/demi-pertahankan-maruah-adik-perempuan.html?m=0. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown - 30/04/14
Belum ada komen untuk "Demi Pertahankan Maruah Adik Perempuan Dan Ibunya Lelaki Ditetak Hingga Nampak Tulang"
Catat Ulasan