Kisah Benar Luahan Isteri Yang Dimadukan | Saya isteri nombor dua. Ketika bernikah dengan suami dulu, saya sedia tahu suami sudah berkahwin tetapi, saya terima suami seadanya kerana saya memerlukan perhatian dan kasih sayang.
Jauh merantau dari negeri Perlis, saya sebatang kara di sini dan perlukan seseorang untuk mengadu nasib.Saya tahu masyarakat di sini memandang serong wanita yang berkahwin dengan suami orang. Bagi saya, tidak semua wanita berniat jahat. Saya tiada sesiapa lagi di dunia ini.
Yang saya mahukan dalam hidup adalah nasib diri yang terbela. Saya juga ingin membina keluarga saya sendiri. Memiliki anak dan rumah tangga yang bahagia. Tapi, sudah nasib saya bertemu jodoh dengan suami orang. Ini bererti saya terpaksa berkongsi kasih dengan madu.
Jauh di sudut hati, ada kalanya saya rasa seperti bersaing dengan madu untuk mendapatkan perhatian suami. Madu sering menelefon suami apabila suami berada di rumah saya. Terus terang, hubungan saya dengan madu tidak begitu baik tapi kami tidak pula bergaduh.
Cukuplah sekadar kami masing-masing tahu telah dimadukan.Ketika awal perkahwinan dulu, suami memiliki restoran makanan. Restoran itu kemudian diserahkan kepada isteri pertamanya dan suami membeli satu lagi restoran berdekatan restoran madu.
Dan ia diserahkan kepada saya untuk dikendalikan. Waktu makan, suami akan makan dua kali. Mula-mula di restoran madu, kemudian baru makan dengan saya di restoran saya.
Begitulah rutin suami sehingga kadang-kadang saya kasihan. Saya sedar banyak mengalah dengan isteri pertama tapi tidak mengapalah, saya yang ingin menumpang kasih orang.
Harapan saya semoga suatu masa madu menerima kehadiran saya sebagai orang baru dalam hidupnya. Saya tidak berniat mahu merampas apa-apa. Suami saya, tetap suaminya. Hanya sedikit perhatian dan zuriat yang saya inginkan. - Sofia, 30, Shah Alam.
PENGAKUAN 2
Beralah demi kebahagiaan bersama
Ketika bertemu dengan suami saya langsung tidak mengetahui yang dia telah beristeri dan mempunyai anak. Mungkin kerana hati yang mahu dikasihi saya tidak selidik terlebih dahulu tentang latar belakangnya.
Bagaimanapun setelah tiga bulan berkenalan dengannya, suami telah menceritakan hal sebenar yang dia telah pun berkahwin dan mempunyai empat orang anak. Setelah mengetahuinya saya amat bersedih tapi apakan daya ketika itu saya tidak mampu menolak takdir lagi.
Mungkin disebabkan sikapnya yang mudah tersenyum, peramah dan prihatin membuatkan saya terpaut bukan sahaja pada budi pekerti tetapi ketampanannya. Malang bagi saya kerana tak terlintas pun untuk mencintai suami orang. Sudah suratan untuk hidup bermadu.
Namun saya akui hidup bermadu ini tak seindah yang disangka. Ingatkan dapat perhatian lebih tetapi semua itu omongan kosong semata-mata. Apa yang membuatkan saya terasa hati apabila suami lebih memberi perhatian kepada isteri pertama dan anak-anak.
Suami saya mengamalkan sikap adil tetapi kerana tanggungjawabnya pada anak-anaknya, masanya selalu dihabiskan menguruskan hal mereka.
Walaupun begitu, saya tidak mampu menahan rasa cemburu apabila suami menunjukkan dengan terang bahawa antara dia dan tanggungjawabnya di rumah isteri pertama, tidak boleh ada penghalang.
Saya perlu menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru sebagai isteri kepada suami yang juga suami kepada perempuan lain dan bapa kepada anak-anak yang ramai.
Memang sukar dan hingga kini saya masih lagi belajar menyesuaikan diri. Kasih pada suami tak berbelah bahagi dan saya sanggup berkorban perasaan, lagipun kesemua keperluan saya dipenuhinya, cuma pada hakikatnya dia ada tanggungjawab lain yang kekadang meruntun jiwa.
Ramai juga yang bertanya pada saya, apa perasaan menjadi isteri kedua, satu soalan yang hingga kini saya masih memikirkan jawapannya. Adakah aku bahagia atau sebaliknya.
Walaupun ada ketikanya air mata jadi peneman setia tetapi saya masih bahagia kerana suami sangat baik tetapi saya juga merana kerana suami adalah suami kepada wanita lain. - Humairah, 31, Kedah
PENGAKUAN 3
Bermadu tetap ada manisnya
Saya tidak pernah termimpi untuk menjadi isteri kedua. Malah tiada siapa antara kita yang memasang cita-cita untuk berada di alam poligami; berkahwin dengan suami orang dan berkongsi kasih sayang dengan orang lain.
Baguslah jika ada di antara wanita bujang, positif menerima dan bersedia berpoligami, kerana mungkin ada di antara mereka telah nampak kebaikan dan kepentingan melaksanakan syariat ALLAH yang satu ini. Dan sebenarnya, kebaikan syariat poligami ini jauh lebih baik dari yang kita sangka. Alhamdulillah.
Pertama kali dikhabarkan oleh Kak Ana (isteri pertama), bahawa suaminya ingin menjadikan saya isteri kedua, saya terasa amat berat persoalan ini untuk diterima. Ya ALLAH, moga ini hanya mimpi.
Namun, terjaga dari tidur, saya terpaksa memikirkannya kerana ternyata ini adalah ujian nyata yang ALLAH datangkan dalam hidup saya.
Saya juga sama seperti anak dara lain yang ingin bernikah. Ingin menjadi isteri pertama. Bukan sekadar menjadi isteri pertama, tapi saya juga ingin menjadi satu-satunya isteri kepada lelaki yang kita sayangi. Saya tidak ingin suami saya mencintai dan menyayangi wanita lain. Namun ini semua hanyalah impian.
Semua perancangan ini telah pun ditentukan oleh Yang Maha Kuasa. Saya tidak sanggup melukakan hati perempuan lain tetapi disebabkan Kak Ana beria-ia menyuruh saya menerima lamaran suaminya saya reda.
Dalam masa yang sama anak Kak Ana juga turut memujuk saya menjadi ibu kedua mereka sehingga saya rasa serba salah.
Setelah berbincang dengan ahli keluarga, akhirnya mereka bersetuju dengan jodoh saya. Saya menerimanya dengan lapang dada. Setelah mendirikan rumah tangga saya langsung tidak berasa tersisih atau pun kecil hati dengan layanan suami.
Malah hubungan kami semua begitu baik sekali dan Kak Ana juga langsung tidak berkira.
Sepanjang tempoh berpantang melahirkan anak, Kak Ana yang banyak membantu menyiapkan segala keperluan dan menjaga saya dalam pantang. Pengorbanannya membuatkan saya cukup terharu.
Apa-apa pun saya amat berterima kasih kepadanya yang merupakan sahabat baik sebelum ini. Kepada suami saya sangat bahagia dengannya kerana disebabkan sikapnya yang adil saya mampu menikmati kebahagiaan berumah tangga. Mungkin lain orang lain rezekinya. - Farah, 29, Melaka
PENGAKUAN 4
Terima ketentuan dari Ilahi
Bukan mudah bergelar isteri muda. Tambah-tambah saya adalah isteri keempat. Memandangkan suami mempunyai tiga isteri sebelum ini dan tujuh anak hasil perkahwinannya itu semua tidak menjadi masalah.
Betul kata orang berkahwin dengan lelaki yang berusia ini kita pun akan berfikiran matang dan tidak kebudak-budakan.
Ketika berkahwin usia saya baru mencecah 24 tahun. Bagi wanita lain yang sebaya mungkin masih lagi bergembira dengan kehidupan mereka.
Lagipun perkahwinan ini saya anggap satu hadiah paling bermakna kerana setelah kehilangan kedua ibu bapa semasa kemalangan saya tiada tempat berlindung yang selamat. Mujurlah suami sedia membantu dan mengajak untuk mendirikan rumah tangga.
Di awal perkahwinan semuanya berjalan dengan lancar tetapi saya rasa seperti ada sesuatu yang tak kena dengan madu saya.
Saya bukanlah bermaksud nak memburukkan mereka tetapi saya rasa perasaan iri hati berlaku antara kami. Saya perhatikan setiap kali giliran suami pulang ke rumah saya, pasti ada panggilan telefon dari madu. Kadang-kadang saya rasa tiada privasi.
Ada ketikanya suami pun pening kepala melayan kerenah isteri-isterinya yang lain cuma dia sahaja yang tidak bercerita. Memegang status sebagai isteri muda saya sentiasa mengalah sekiranya suami perlu pulang ke rumah madu.
Saya tahu mengalah ini untuk kebaikan semua tetapi sampai bila harus saya menghadapinya.
Dari aspek keperluan asas, suami menyediakan secara adil kepada kami semua malah keselesaan tempat tinggal yang paling diutamakan. Cuma saya rasa jiwa ini kosong kerana belum lagi dikurniakan cahaya mata.
Apa yang saya harapkan hubungan saya dengan madu akan terjalin dengan baik selepas ini. Saya tahu suami bersungguh-sungguh merancang pelbagai aktiviti untuk kami berempat.
Harap-harap biarlah ada jalan penyelesaian. Suami juga selalu menasihatkan supaya sentiasa bersabar dan jangan cepat marah jika mendengar kritikan yang bukan-bukan.
Berpegang pada prinsip itulah sehingga sekarang ini saya boleh bersabar. Maklumlah saya juga mengambil hak orang. Bagaimanapun saya tetap berdoa agar semuanya dipermudahkan oleh-Nya dan kami dapat hidup gembira bersama-sama selepas ini dalam sebuah keluarga besar. - Azira, 25, Kuala Terengganu
Tajuk Paling Popular
Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini
Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info wanita
dengan tajuk Kisah Benar Luahan Isteri Inilah Hakikat Bermadu. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2014/04/kisah-benar-luahan-isteri-inilah.html?m=0. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown - 27/04/14
Belum ada komen untuk "Kisah Benar Luahan Isteri Inilah Hakikat Bermadu"
Catat Ulasan