SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Saya lebih rela ditembak terus di kepala



Selamat datang ke bolg memang gempaq semoga ini dapat memberi ilmu serta info berguna pada pembaca setia blog ini...terima kasih  ......jom baca kisah ini



Kaherah: “Saya lebih rela ditembak terus di kepala dan syahid demi mempertahankan Mesir sebagai negara Islam,” kata Mohamad Mahmood, 32, yang cedera parah akibat terkena tiga das tembakan peluru di kedua-dua belah kakinya oleh tentera Mesir awal pagi kelmarin.

Dia yang masih menerima rawatan di dewan Masjid Rabiatul Adawiyah, di sini, jelas tidak takut untuk mati demi memastikan pihak tentera mengembalikan semula kuasa Presiden yang dirampas dari Presiden Mesir, Muhamed Mursi, Khamis lalu.


Menurutnya, kesakitan kedua-dua kakinya yang ditembusi peluru tidak mampu menandingi rasa sakit hati akibat penolakan dan rampasan kuasa dilakukan pihak tentera terhadap pemimpin Islam, Mursi.

“Saya tidak boleh terima kerja gila pihak tentera Mesir. Mereka sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan bukannya membunuh rakyat tidak berdosa.


“Ini kerja pihak yang hauskan darah dan kuasa. Mereka menganggap nyawa kami (penyokong Mursi) tidak berharga,” katanya yang terselamat dalam tragedi berdarah itu yang mengorbankan lebih 51 satu nyawa.


Dalam kejadian jam 3.30 pagi semua mangsa ditembak ketika menunaikan solat Subuh berhadapan bangunan Pengawal Republik tidak jauh dari Dataran Raba’ah Al Adawiyah, Madinat Nasr, di sini.

“Mereka (tentera) cuba menjadikan negara ini persis negara pengganas atau negara Syria pimpinan Presiden Bashar Assad,” katanya kecewa.


Seorang lagi mangsa terselamat, Abdul Majeed Mahmood, 52, berkata, belakang tubuhnya ditembusi peluru kecil akibat tembakan senapang tentera Mesir ketika cuba menyelamatkan diri sebaik mereka diserang gerombolan anggota tentera yang mengepung dari segenap arah.


Menurutnya, dia yang melarikan diri ke arah Medan Rabaah bagaimanapun ditembak dari arah belakang menggunakan peluru penabur bersaiz sebesar manik.


“Walaupun sakit dan berlumuran darah di pinggang dan belakang badan, saya tetap berlari. Saya menangis apabila melihat ramai rakan saya yang terbujur kaku akibat ditembak mati tanpa perikemanusiaan.


“Mayat semua mangsa yang terkorban disusun di pekarangan masjid Rabiatul Adawiyah termasuk pensyarah kuliah perubatan Universiti Al-Azhar, Doktor Yassir Taha, 38,” katanya ketika ditemui wartawan semalam.


Seorang lagi mangsa, Amrul Mahros, 29, turut cedera parah di leher dan patah tulang peha kaki kanan selepas dibelasah anggota tentera Mesir menggunakan belantan.


Mangsa yang mengadakan protes di belakang kawad berduri di hadapan Bangunan Pengawal Republik dibelasah hingga pengsan sebelum diselamatkan penunjuk perasaan lain.


Lebih menyayat hati apabila mangsa yang dipukul teruk di bahagian kemaluan mungkin akan mengalami cacat kekal kesan kecederaan saraf di belakang leher.


Sehingga semalam terdapat kira-kira 30 mangsa kekejaman pihak tentera terus menerima rawatan di dewan Masjid Rabiatul Adawiyah, di sini, oleh doktor yang bertugas tanpa henti selama 24 jam.


Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Saya lebih rela ditembak terus di kepala. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL https://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/saya-lebih-rela-ditembak-terus-di-kepala.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 17/07/13

1 Komentar untuk "Saya lebih rela ditembak terus di kepala"

  1. Tanpa Nama8.3.14

    Allahu.. Ni lh manusia bila ditamakkan oleh kuasa seperti Dajjal Basar Al-Assad. -_- sedih...

    BalasPadam

Geng Blogger

Putera Izman