SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Adun Paloh Kritikal Belum Tahu Isteri Telah Meninggal Dunia

Sekalipun sudah sedar , Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh,Kelantan Datuk Nozula Mat Diah yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dekat Simpang Pulai, Khamis masih belum diberitahu mengenai kematian isteri beliau,Datin Maziah Din.

Ini diberitahu oleh anak mereka,Nor Fatma Nadia kepada wartawan Sabtu.“Semalam bapa telah sedar. Sebelum ini tidak sedar sebab diberikan ubat supaya boleh berehat,” katanya.Pengarah HRPB Datuk Dr Raja Lope Ahmad Raja Ariffin berkata Nozula berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di Ipoh.

Dalam kemalangan itu, Nozula, 57, mengalami kecederaan serius iaitu lebam di paru-paru selain tujuh tulang rusuknya, enam di bahagian kanan dan satu di kiri patah.Kemalangan yang menimpa Nozula berlaku kira-kira 6.30 petang di Km 23, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai ketika beliau dan keluarganya dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Cheras, Kuala Lumpur.

Kenderaan SUV yang dipandu anak perempuannya dipercayai terbabas kerana jalan licin sebelum merempuh tebing bukit yang menyebabkan isterinya Datin Maziah Din maut.Sementara itu petang Sabtu Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menziarah Norzula di hospital itu.Turut sama melawat ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.- Agendadaily.com

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Adun Paloh Kritikal Belum Tahu Isteri Telah Meninggal Dunia. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL https://gempaqgiler.blogspot.com/2014/04/adun-paloh-kritikal-belum-tahu-isteri.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 20/04/14

Belum ada komen untuk "Adun Paloh Kritikal Belum Tahu Isteri Telah Meninggal Dunia"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman