Georgetown: “Jangan telefon isteri saya encik, boleh rosak rumah tangga kami,” rayu seorang lelaki yang juga suami orang kepada pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) selepas dia ditangkap berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.
Dalam Ops Jejak Kekasih yang dilancarkan JHEAIPP itu lima wanita yang sudah bersuami serta tiga lelaki yang berstatus suami antara 18 individu berusia 22 hingga 40 tahun ditahan dalam pemeriksaan di 20 hotel bajet dan rumah tumpangan sekitar Butterworth, Prai, Bukit Mertajam, Berapit, Simpang Ampat dan Tasek Mutiara.
Turut ditahan dalam pemeriksaan bermula jam 5.30 petang hingga 3 pagi semalam ialah seorang gadis Indonesia yang bekerja di sebuah kilang di Seberang Prai dan wanita Thailand yang baru sampai di negeri ini. Ketua Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan berkata, agak mengejutkan kerana kali ini pasangan yang dicekup turut membabitkan wanita dan lelaki yang masih mempunyai suami serta isteri sah selain mempunyai anak.
“Ada pasangan ditahan memberikan alasan mempunyai krisis dengan suami atau isteri masing-masing menyebabkan mereka mencari teman lelaki kononnya untuk melepaskan tekanan mengenai masalah dihadapi dan mahu seseorang untuk berkongsi perkara itu.“Pelbagai alasan diberikan mereka untuk melepaskan diri termasuk keluar jalan-jalan, pergi makan, berehat, letih dan sebagainya selepas tamat bekerja sebelum masuk ke hotel untuk bermadu kasih,” katanya.
Khairul Azman berkata, dalam pemeriksaan di sebuah hotel di Prai sepasang kekasih bertindak nekad apabila cuba bersembunyi dengan duduk di atas penghawa dingin selepas menyedari bilik dihuni di tingkat tiga bangunan itu didatangi pegawai penguat kuasa.Bagaimanapun, tindakan pantas pegawai penguat kuasa berjaya menahan pasangan terbabit yang dipercayai berkhalwat.“Anggota penguat kuasa melihat pasangan itu menghulurkan kaki keluar tingkap dipercayai untuk berpijak di atas sistem penghawa dingin berkenaan dan terus memberi amaran agar tidak berbuat demikian.
“Pasangan itu kemudian memberikan kerjasama dengan membuka pintu bilik, tindakan itu dianggap amat berbahaya kerana berisiko terjatuh,’ katanya. Beliau berkata, berdasarkan pemantauan pihaknya mendapati pasangan kekasih memilih untuk mendaftar lebih bilik di hotel pada sebelah petang bagi mengelak pemeriksaan pihak berkuasa. “Jika sebelum ini operasi tertumpu lewat malam atau awal pagi namun sekarang pihak JHEAIPP akan bertindak tanpa mengira waktu untuk melakukan serbuan dan pemeriksaan dari semasa ke semasa,” katanya.
Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 27 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.
Tajuk Paling Popular
Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini
Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa
dengan tajuk Suami Ditangkap Bersama Bini Orang Dalam Hotel . Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL https://gempaqgiler.blogspot.com/2014/04/suami-ditangkap-bersama-bini-orang.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown - 19/04/14
Penjarakan Dan denda sekali baru tau rasa.....manusia bersifat apatah camnie
BalasPadam