SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Serius!!! 5 Taktik Penipuan Jual Beli Kenderaan Di Mudah.my

Berhati-hati kalau nak beli kenderaan di Mudah.my. Jangan mudah terpengaruh dengan harga murah kerana itu kadang-kadang perangkap. Ini antara masalah yang pernah berlaku pada mereka yang telah menjadi mangsa atau hampir menjadi mangsa penipu/seller yang bermasalah di Mudah.my.

Aduan telah dihantar tetapi tiada sebarang penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak Mudah.my. Di bawah ini, My Media sertakan antara taktik-taktik yang pernah terjadi mangsa-mangsa penipuan di Mudah.my.

Seller tak letak contact number, agar mangsa tertarik dengan harga yang murah. Contact via emel then yang reply emel itu dalam bahasa inggeris yang penerangannya panjang lebar dan akhir kata si penipu itu mahu mangsa deposit duit dalam akaun dia.

Kereta/Motor tak ada Road Tax/Insurance tetapi dirahsiakan oleh seller. Biasanya seller penipu ini akan cuba alih perhatian mangsa apabila ditanya lebih-lebih tentang Road Tax/Insurance ini. Bila mangsa sudah setuju nak beli, semasa datang nak ambil kereta/motor itu, baru seller akan beritahu perkara sebenar. Walaupun mangsa sempat lagi batalkan perjanjian jualbeli tetapi mangsa dah banyak membuang masa, lebih-lebih lagi kalau area tempat kereta/motor yang nak beli itu jauh. Buang masa orang, buat aniaya orang.

Kereta/Motor yang Road Tax/Insurance cukup sempurna, Geran Pula Yang Bermasalah. Bukan nama seller tetapi masih nama owner lama. Timbul masalah di sini kalau nak tukar nama kena cari owner lama. Kebiasaannya seller akan cakap”Takpe bang, asal roadtax/insurance hidup boleh bawa ke mana-mana..” Tetapi apa pula jaminannya jika mangsa dituduh mencuri kenderaan tu? Seller seperti ini selalunya akan ‘tarik’ mangsa untuk pergi view kereta/motor mereka. Bila mangsa dah pergi tengok baru seller beritahu hal sebenar.

Seller yang memang kaki penipu, iklankan kenderaan cantik tetapi bila pergi tengok, test drive semua ok. Bila dah setuju nak ambil, jam itu juga dia ada alasan macam-macam dan janji esok atau lusa baru boleh mangsa ambil kereta/motor itu. Sebenarnya dia nak tukar sparepart then lepas je mangsa buat payment, ambil kereta/motor, mangsa bawa balik ada masalah pula. Bila mangsa call no telefon seller tadi, tak dapat dihubungi. Seller beli satu simcard khas untuk tujuan penipuan ini. Duit dah dapat tukar simcard, mangsa nak pergi claim balik dah tak boleh sebab deal bukan di rumah seller.

Seller yang kaki test market, iklankan motor/kereta nak jual, bila orang dah datang tengok/nak beli, dah alasan macam-macam tak jadi jual, mak tak bagi jual, bini tak bagi jual, arwah nenek tak bagi jual, nak bincang dengan family la, itu la, ini la, ni jenis manusia yang suka buang masa orang. Ada juga jenis nak tunggu offer lagi baik, dah berbulan baru cakap balik comform nak jual. Bila mangsa dah beli yang lain tak nak beli yang dia, macam nak marah mangsa pula. Time orang nak beli, tak nak jual, bila mangsa dah tak nak beli baru contact mangsa balik cakap nak jual, sengal punya orang.

Ada pengalaman ‘hitam/pahit’ di Mudah.my? Kongsikan di sini untuk dijadikan sebagai panduan kepada mereka yang lain agar tidak tertipu oleh seller yang tidak bertanggungjawab. Tidak dinafikan Mudah.my memang adalah seller yang genuine, tetapi di kalangan mereka terselit seller tak guna ini.

sumber:amekaw

4 Gambar Manusia Bodoh Ini Merasakan Dirinya Hebat

Gambar Manusia Bodoh | Bukan pertama kalinya kita melihat gambar orang-orang dengan pengubahsuaian tubuh yang luar biasa dan melampau, dan lebih mengerikan, orang-orang ini memang benar-benar gila mengubah tubuh mereka dalam hal yang ekstrim.

Kali ini kita lihat orang ini, selain mempunyai beberapa tindikan di wajahnya dan telah membelah lidahnya seperti ular dan yang lebih ekstrim lagi ia mempunyai lubang besar di pipi..

!! Agak-agaknya semasa dia makan macam mana ye?









sumber:diarishare






Gambar Basikal Nenek Yang Hilang Ditemui Tertanam Dalam Batang Pokok Yang Besar

Gambar Pelik Basikal Tertanam Dalam Pokok | Setelah hilang selama setengah abad , basikal kuno milik seorang nenek berjaya ditemui . Yang menariknya , basikal ini ditemui dalam keadaan tertanam di disebuah pokok besar .

Basikal itu milik anak lelaki Helen Puz ( 99 ) . Baru - baru ini Helen mendapatkan maklumat bahawa basikal anaknya itu telah ditemui di sebuah hutan di Vashon Island Washington .

Ketika diperiksa ke lokasi yang mana dijumpai, Helen bersama anak lelakinya bernama Don  terperanjat . Basikal itu dalam kedudukan tertanam didalam batang pokok bersaiz besar . Misterinya , tidak ada tanda - tanda kesengajaan tangan manusia memasukkan basikal tersebut .

Roda depan basikal itu berada di bahagian luar badan pokok , begitu juga dengan bahagian hujung roda belakang . Namun bahagian besi yang ada di tengah basikal , ' ditelan ' pokok itu dalam keadaan sedemikian rupa . Basikal itu berada setinggi lima kaki

Basikal itu diberi oleh salah seorang jiran Helen pada tahun 1954 , tidak lama setelah dia menjanda . Hadiah itu diberikan untuk Don yang saat itu berusia lapan tahun .

" Orang - orang menaruh simpati dan sangat baik hati , " kata Helen mengenai pemberian basikal kuno itu 58 tahun silam  .

Namun kerana basikal itu memang basikal dengan rangka besi untuk perempuan , Don menolak untuk memakainya . Tidak beberapa lama basikal itu hilang itu entah ke mana .

sumber: zamrispoon

8 Gambar Ngeri Ratusan Mayat Dalam Sungai Di India Yang Dianggap Suci

8 Gambar Ratusan Mayat Di Sungai Gangga India | Bila kita mendengar kata sungai gangga di india pasti terlintas dipikiran anda adalah sungai suci di india. Memang benar sungai gangga adalah sungai keramat suci bagi umat hindu india. Kerana di sini lah pusat penyembahan dewa-dewa di India.

Namun di sebalik kesucian sungai gangga ini, terlihat pemandangan mengerikan dan tidak sedap di pandang. Kerana terdapat puluhan mayat manusia terapung di sungai tersebut. Hal ini tak lepas dari kepercayaan masyarakat sekitar tentang mitos siapa yang mati di sungai suci ini akan lebih dekat dengan dewa.















sumber:diarishare

5 Gambar Babi Makan Kereta


Gambar Babi Makan Kereta | Mengejutkan!! Bagaimana seekor babi boleh makan dinding kereta yang di perbuat  dari logam besi?atau gigi babi ini lebih keras dari besi? Tapi saya rasa babi ini mesti kekurangan zat besi...huhuhu apa pun lihat 4 gambar dibawah


 







sumber:diaishare

Demi Pertahankan Maruah Janda Muda Terjun Bangunan Untuk Elak Dirogol

Kuala Lumpur : Demi maruah dan kehormatan diri, seorang janda anak satu nekad terjun dari tingkat tiga bangunan rumah kedai di Desa Tasik, Sungai Besi, di sini, semalam untuk menyelamatkan diri daripada dirogol.

Akibat kejadian yang berlaku jam 8.15 pagi itu, mangsa yang berusia 31 tahun cedera parah apabila kedua-dua kakinya patah.

Mangsa yang memakai kemeja-T tidak berlengan dan hanya berseluar dalam ditemui orang ramai terbaring di bahagian bawah bangunan berkenaan, berhampiran kedai mencuci kereta.

Dia yang berusia 31 tahun itu kemudian dihantar ke hospital oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk rawatan lanjut

3 Gambar Seram Kawasan Bunuh Diri Paling Popular Di Jepun

Tokyo Bunuh diri merupakan perbuatan yang dibenci oleh Tuhan. Namun tak sedikit orang yang memilih untuk mengakhiri nyawa-nya dengan bunuh diri. Banyak cara dilakukan untuk bunuh diri, bahkan di Jepun  terdapat sebuah hutan yang menjadi lokasi popular untuk  bunuh diri.


Seperti yang dipetik  dari Odditycentral, kawasan Gunung Fuji, hutan Aokigahara menjadi hutan yang paling terkenal di Jepun. Bahkan sebahagian manusia yang pernah mengunjungi hutan ini menyebutnya dengan Hutan Iblis di Jepun..

Di hutan ini Anda dapat melihat jelas tulang belulang manusia yang masih lengkap dengan  pakaian. Sesekali juga Anda dapat memukan tubuh manusia yang bergantung di atas pokok. Seiring dengan tubuh atau tulang belulang dimana-mana, adapula harta benda seperti dompet yang bertebaran dimana-mana.


Aokigahara telah berubah menjadi tempat bunuh diri lebih 500 nyawa yang melayang akibat bunuh diri sejak 1950-an. Tempat ini  disebut sebagai tempat yang sempurna untuk mati. Aokigahara juga merupakan tempat kedua yang paling popular untuk melakukan bunuh diri selepas  jambatan Golden Gate.

Lagenda mengatakan bahwa semua ini dimulai setelah Matsumoto Seichon menerbitkan novel dengan nama Kuroi Kaiju pada tahun 1960. Cerita ini berakhir dengan sepasang kekasih yang bunuh diri di hutan. Sejak saat itu begitu banyak orang yang percaya akan cerita tersebut.

Namun, sejarah bunuh diri di Aokigahara sendiri telah mendahului novel, dan tempat ini memang telah lama dikaitkan dengan kematian. Ratusan demi ratusan orang Jepun telah menggantung diri dari atas pohon-pohon hutan Aokigahara.

Sejak kemunculan buku The Suicide, yang ternyata di dalamnya berisikan pedoman bunuh diri, maka angka kematian di Jepun dengan cara bunuh diri pun semakin meningkatkan.

Jarang juga buku-buku tersebut ditemukan juga di dalam hutan bersamaan dengan barang-barang lainnya milik si korban yang bunuh diri. Tidak diragukan lagi, metode paling umum yang dilakukan para korban bunuh diri adalah dengan menggantungkan diri dari atas pohon.

 hingga kini hutan tersebut masih menjadi misteri dan membuat sebagian besar wisatawan yang datang ke Jepang merasa penasaran akan bukti nyata dari hutan-hutan tersebut. Akan tetapi, biar bagaimanapun, hutan ini tetap menjadi hutan bunuh diri yang sempurna di Jeppun.

13 Perkara Yang Wanita Islam Perlu Jaga

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang)
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara)

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah). Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali .

Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)


sumber:Malaysia Ria

Full Video !!! Kekejaman Tentera Amerika Dan Zionis Umat Islam Diseksa,Dirogol Dan Dibunuh



Subhanallah sedih sangat anda lihatlah sendiri apa yang mereka buat pada saudara-saudara seagama kita


Innalilah Artis Veteran Meninggal Dunia Akibat Barah Payudara

Kematian Kartina Dahari |Kuala Lumpur: Penyanyi veteran yang terkenal dengan muzik keroncong, Kartina Dahari menghembuskan nafas terakhir pada sekitar jam 6 petang semalam di kediamannya di Braddel, Singapura, dekat sini.Allahyarham yang berusia 73 tahun meninggal dunia selepas lebih empat tahun bertarung dengan penyakit barah payudara.

Berita sedih itu disahkan oleh teman baiknya yang juga penghibur malar segar, Datin Paduka Julie Sudiro kepada Harian Metro ketika dihubungi, semalam.“Saya masih dalam keadaan terkejut dan sangat sedih dengan berita ini sebab saya baru saja menziarahi dia pagi tadi sebelum pulang ke KL.

“Apa pun saya sempat berjumpa dan dia sedar ketika saya datang tadi.“Masa berjumpa tadi memang dapat lihat keadaannya makin lemah tapi terkejut dia ‘pergi’ juga akhirnya petang ini,” katanya.

Allahyarham yang popular dengan lagu Sayang Di Sayang ini meninggalkan tiga anak.Jenazahnya dijangka dikebumikan hari ini.Julie berkata, sebagai teman rapat di samping seorang lagi rakan mereka, Asmah Laili, kehilangan bintang yang mesra disapa Tina itu adalah sesuatu yang sangat menyedihkannya.

“Memang sedih dan saya masih tergamam tapi saya reda sebab sudah lama sangat dia sakit.“Selepas dia keluar dari hospital tiga hari lalu keadaannya memang tak bermaya tapi saya masih sempat mengajarnya berdoa untuk kesejahteraannya,” katanya.

Allahyarham yang turut popular dengan lagu duet Budi Setahun Segunung Intan bersama Allahyarham Datuk Ahmad Jais, pernah merakamkan lagu duet bersama Julie berjudul Burong Nuri.Penyanyi yang terkenal dengan sifat lemah lembut ini turut dikenali dengan lagu-lagu lain seperti Rindu, Seruling Senja, Jangan Ditanya, Sriwana, Tunas Kasih, Jali-Jali dan Jauh Di Mata.

Kali terakhir Allahyarham membuat persembahan terbuka pada Konsert Sayang Di Sayang terbitan Esplanade Teater Di Pesisiran sempena Pesta Raya 2013 di republik itu.Sepanjang 50 tahun mendambakan diri dalam nyanyian, Kartina menerima anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Perdana Emas oleh kerajaan Singapura.

Tragedi Cinta Berdarah Ditikam Dengan Gunting Hingga Mati

Tragedi Cinta Berdarah | Petaling Jaya: Hilang akal akibat cintanya ditolak menyebabkan seorang lelaki tergamak menikam teman wanitanya sebelum nekad membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 sebuah pangsapuri di Kelana Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa seorang tukang jahit, Salmah Lok, 43, ditemui maut ditikam di perut menggunakan gunting di ruang tamu rumahnya terletak di Jalan 9A/12, Sungei Way, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa yang juga pemilik kedai jahit ditemui mati oleh seorang pelanggannya sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis.

Menurutnya, mangsa dipercayai dibunuh malam kelmarin sebelum mayatnya yang terbaring berlumuran darah ditemui.“Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Kota Belud, Sabah itu ditikam beberapa kali di perut menggunakan gunting.

“Senjata digunakan untuk membunuh mangsa ditemui di lokasi kejadian. Pihak polis percaya kejadian bunuh itu ada hubung kait dengan masalah cinta,” katanya, semalam.

Menurutnya sebaik siasatan di lokasi pembunuhan selesai sekitar jam 4 petang, pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian seorang lelaki membunuh diri dengan terjun dari pangsapuri kurang 1 kilometer dari rumah mangsa wanita itu.

“Sebaik tiba di lokasi kedua, pihak polis mendapati mayat seorang lelaki ditemui terbaring di bumbung stor pangsapuri itu.

Wajah Bintang Porno Berubah Menjadi Seperti Orang Bunian (Elf) Selepas Pembedahan Plastik


Seorang bintang filem porno Jepun yang melakukan terlampau banyak pembedahan plastik akhirnya kelihatan seperti Dobby, orang bunian (elf) dalam filem Harry Potter.Rina Nanase bagaimanapun berkata, mereka yang menggelarnya Dobby mencemburui hasil pembedahan itu.

Foto


WAJAH sebelum dan selepas Rina menjalani pembedahan
Pelakon berusia 25 tahun ini menggunakan nama samaran Rumi Kanda dalam rakaman video lucahnya, tidak berahsia dengan keputusannya untuk melakukan pembedahan mengubah bentuk wajahnya.Rina melakukan beberapa pembedahan pada mata, hidung dan dagu.

Dia berkongsi semua gambar hasil pembedahan itu termasuk rupa paling baru melalui akaun Twitternya.Bagaimanapun, kebanyakan orang menyifatkannya sebagai keterlaluan.Dalam gambarnya ketika berusia 17 yang dimuat naik ke Internet, dia menulis, “Saya kelihatan gemuk” dan berkata dia mempunyai “mata bulat dan bercahaya.” Model itu kemudiannya berkongsi gambar lain, kononnya dia berpendapat gambar berkenaan adalah zaman kegemilangannya.

Dia menyiarkan gambar sebelum menjalani pembedahan mengecilkan hidungnya.“Saya tidak merasakan ia perubahan besar, namun terkejut dengan reaksi peminat,” kata Rina.Gambar disiar ini menyebabkan dia digelar Dobby.Bagaimanapun, terdapat beberapa komen positif mengenai wajah terbarunya itu dalam laman media sosial.

Seorang peminatnya menulis, “Dulu dia nampak lebih elok.Sebelum pembedahan rupanya lebih baik.” Peminat lain pula menulis: “Dia mempunyai masalah pemakanan.”

Pengamal Sihir Dipukul Dan Direjam Hingga Mati

Takeo (Kemboja): Seorang lelaki dipukul dan direjam sehingga mati oleh kira-kira 600 penduduk selepas mereka menuduhnya mengamalkan sihir.Penduduk kampung menuduh Pov Sovann, 36 membunuh beberapa warga tua selama dua tahun melalui sihir, lapor polis.

Dia mati dalam serangan selama enam jam.Mulanya, kira-kira 200 orang terlibat dalam serangan di kampung di dareah Bati di wilayah Takeo, selatan Kemboja, sebelum beratus-ratus lagi penduduk menyertai serangan itu.Polis berkata mereka tidak mampu menghentikan serangan itu, lapor akhbar Cambodia Daily.Polis percaya kematian seorang wanita tua berusia 54 tahun mencetuskan serangan itu.

Jurucakap polis daerah Bati, Khut Lo berkata, “Orang saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana terlalu ramai penduduk yang bersenjatakan batu dan mereka bertindak ganas.” Ketua polis daerah, Ngann Sary pula berkata, “Kumpulan itu memaksa ambulans beredar.” Menurutnya, penduduk percaya seramai tujuh orang, warga tua, mati tiba-tiba sepanjang dua tahun lalu.Mereka kemudian menyalahkan Sovan, yang mengamalkan perubatan tradisional selama beberapa

Isteri Risau Darah Keluar Seperti Darah Haid Semasa "Bersama"

Saya melahirkan anak secara normal pada 30 Januari lalu. Doktor memasukkan implanon pada 4 Februari sebelum dibenarkan keluar hospital sebagai cara pencegahan kehamilan kerana saya mengalami masalah ‘mitral regurgitation’.Haid pertama saya datang setelah bersalin pada 10 April dan tamat pada 14 April. Darah haid saya hanya sedikit.

Masalahnya, ada darah keluar selepas saya bersama suami dan darah berkenaan seolah-olah darah haid. Suami saya menggunakan kondom untuk perlindungan semasa bersama. Saya pula was-was sama ada boleh bersolat atau sebaliknya.

Apakah pandangan doktor? Adakah saya perlu mengeluarkan implan terbabit?


Rohaya,

Kuala Lumpur


Sudahkah anda menjalani ujian Pap smear? Sudahkah anda menjalani pemeriksaan doktor apabila mengalami masalah ini? Kaedah implan boleh memberikan masalah haid, saya pasti doktor anda sudah memaklumkannya terlebih dulu.

Lazimnya ia menyebabkan haid menjadi sedikit saja atau tiada langsung, tetapi ia juga boleh memberikan perubahan seperti yang anda alami. Bagaimanapun, memandangkan masalah haid terbabit juga boleh disebabkan oleh penyakit lain seperti penyakit serviks, eloklah ia diperiksa terlebih dulu.

Implan adalah antara kaedah pencegah kehamilan yang sangat berkesan. Saya musykil mengapa suami anda masih perlu menggunakan kondom.


sumber:Metro

Pelajar Sekolah Agama Mati Ditumbuk Rakan

Gombak: Akibat berebut bongkah padanan warna (kiub puzzle), seorang pelajar sekolah agama di Rawang, Muhammad Abdul Azim Adnan, 15, mati apabila mukanya ditumbuk tiga kali oleh rakan asramanya, malam kelmarin.

Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa bertengkar dengan seorang rakan sebayanya dipercayai berkaitan permainan itu sebelum tercetus pergaduhan,“Kami menyedari kejadian itu selepas habis mengulang kaji pelajaran jam 11.30 malam apabila menemui Azim terbaring di gelanggang sepak takraw.

“Kami segera memaklumkan kejadian itu kepada warden asrama yang kemudian membawanya ke hospital,” kata pelajar itu.Sebelum kejadian, dia berkata, suspek ada memberitahu permainan kiub puzzle miliknya hilang dan mengesyaki mangsa mengambil permainan berkenaan.

Geng Blogger

Putera Izman