SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Keadaan Adik Ashraf Selepas Perbuatan Gila Remaja 17 Tahun


NILAH nasib yang menimpa adik Muhammad Ashraf Ikhwan, berusia sembilan bulan yang kini terlantar di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Adik Muhamaad Ashraf koma setelah tercampak bila kereta keluarganya terlibat dalam kemalangan setelah dilarikan seorang pelajar 17 tahun semalam.

Dua yang lain iaitu Abdul Pirhat Karim, 34, dan ibu Ashraf, Che Mastura Che Awang, 31, turut cedera dalam kemalangan itu.

Remaja lelaki berkenaan melarikan dua kereta bersama anggota keluarga mereka dalam dua kejadian di Dungun semalam.

Kejadian pertama bermula kira-kira 5 petang di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Pantai Timur di Bukit Besi-Ajil.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, kejadian bermula apabila remaja berusia 17 tahun itu melarikan sebuah kereta Nissan Grand Livina yang berhenti di kawasan R&R itu bersama sepasang suami isteri dan bayi mereka di dalam kenderaan itu.

“Kenderaan itu berhenti di kawasan berkenaan dan pemandu kereta itu bersama isteri, kedua-duanya anggota polis dari Brickfields, ke tandas meninggalkan abang dan kakak ipar mereka bersama bayi itu di dalam kereta.

“Keluarga itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menziarah keluarga di Tumpat, Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas melawat bayi itu hari ini.

Beliau berkata, ketika remaja terbabit memandu kereta itu menghala ke Dungun, berlaku pergelutan antara remaja itu dan Abdul Pirhat menyebabkan kereta itu hilang kawalan dan merempuh sebuah Proton Waja dan sebuah lori tanah dari arah yang sama.

Rempuhan itu menyebabkan penumpang kereta berkenaan dan bayi mereka tercampak keluar daripada kenderaan itu, katanya sambil memberitahu yang remaja terbabit sebelum itu cuba melarikan sebuah Proton Persona di R&R yang sama tetapi gagal.

Jamshah berkata, selepas kemalangan di Km88 Jalan Jerangau-Jabor itu, remaja terbabit menahan kereta Perodua Myvi yang dinaiki sebuah keluarga dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu dan berpura-pura meminta pertolongan.

“Apabila wanita berusia 18 tahun yang memandu kereta itu dan ayahnya berusia 55 tahun keluar daripada kereta, remaja terbabit dengan pantas masuk ke dalam kereta dan melarikan kereta itu bersama ibu, adik dan dua anak saudara wanita itu,” katanya.

Beliau berkata, pemandu dan dua penumpang kereta Proton Waja serta pemandu lori yang dirempuh remaja itu tidak cedera.

Drama dua jam itu berakhir apabila polis, yang melancarkan gerakan memburu remaja terbabit berjaya menahannya bersama kereta Myvi yang dilarikan dengan empat penumpang di dalamnya dalam sekatan jalan raya di Batu Rakit dekat sini, kira-kira 7 malam.

Jamshah berkata, siasatan awal polis mendapati remaja lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah dan hasil ujian air kencing juga mendapati dia bebas daripada pengaruh dadah.

Remaja yang telah berhenti sekolah semasa dalam tingkatan dua itu berasal dari Kemaman, katanya sambil memberitahu bahawa suspek dipercayai bukan mahu merompak, sebaliknya hanya melarikan kenderaan.

Beliau berkata, polis masih menyiasat latar belakang suspek dan remaja yang dipercayai mengalami masalah mental itu akan dirujuk kepada pakar perubatan

Sumber

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Keadaan Adik Ashraf Selepas Perbuatan Gila Remaja 17 Tahun. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/11/keadaan-adik-ashraf-selepas-perbuatan.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 7/11/13

2 komentar untuk "Keadaan Adik Ashraf Selepas Perbuatan Gila Remaja 17 Tahun"

  1. Good afternoon, I came here to bring the game's special new edition, just a game

    BalasPadam
  2. I came here, he brought the puzzle game

    BalasPadam

Geng Blogger

Putera Izman