1. KETIKA MENCARI CALON : Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu
bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi
anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR : Anda bukan sedang meminta
kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui
orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH : Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN : Catat dan hitung semua tamu yang datang
untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang
mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI
kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA : Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA : Sedarilah bahawa jalan yang akan
dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar
yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG : Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM : Yakinlah bahawa pintu rezeki akan
terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan
isteri.
11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG : Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI : Boleh bermanja-manja kepada isteri
tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri
memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI :
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu
berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
Tajuk Paling Popular
Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini
Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info perkahwinan
dengan tajuk 13 Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus . Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/13-tips-perkahwinan-daripada-ustaz.html?m=0. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
21/06/13
Belum ada komen untuk "13 Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus "
Catat Ulasan