gambar hiasan
Memang Sosial | Seorang pembantu kedai elektrik didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh semalam atas tuduhan merogol seorang remaja bawah umur.Tertuduh, Mohd Nor Ridzuan Wahab, 25, didakwa merogol seorang gadis berusia 14 tahun di sebuah inap desa minggu lalu.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan didakwa ke atasnya di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad @ Shaharuddin.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa merogol gadis berkenaan di dalam bilik sebuah inap desa di belakang sebuah rumah dekat Bukit Lintang, kira-kira 5.30 pagi, 10 Jun lalu.
Mohd Nor Ridzuan dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Fairuz Syuhada Amran ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM15,000 terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguambela Ishak Kari memohon wang jaminan dikurangkan dengan alasan tertuduh bekerja sendiri dan perlu menyara ayahnya.
Selepas mendengar rayuan itu, Harmi Thamri kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan sebutan semula kes untuk serahan dokumen pada laporan hospital pada 17 Julai depan.
Tajuk Paling Popular
Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini
Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa
dengan tajuk Homestay Jadi Tempat Buat Projek Gadis Bawah Umur. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/homestay-jadi-tempat-buat-projek-gadis.html?m=0. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown - 26/06/13
ngak pandai serik ya
BalasPadam