SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Seorang Lelaki Agak Pelik Hidup Tanpa Wang




sekadar gmbr hiasan



Kala itu dunia baru memasuki abad millenium. Tepatnya pada tahun 2000, terjadi krisisekonomi di Amerika Syarikat. Daniel Suelo (lahir tahun 1961) melihat kekalutan yangmelanda di lingkungan sekitarnya.
Siapa yang boleh hidup tanpa wang? Tak heran, banyak orang yang mendadak depresiakibat kesulitan yang melanda Amerika.

Namun, Suelo tiba-tiba mengambil keputusan ajaib. Ia meninggalkan wang terakhirnya,US $ 30 dalam kotak telefon awam. Lalu berjalan menuju padang gurun Moab di Utah.



Dalam fikiranya hanya ada satu tekad: hidup mengembara tanpa wang sesen pun.Kawan-kawannya yang mengetahui niat Suelo menganggapnya sudah gila.

daniel suelo blogger (Gambar) Seorang Lelaki 12 Tahun Hidup Tanpa Wang??? Benarkah??

Berbeza dengan fikiran Suelo saat itu. Menurutnya, dunia kapitalis ini membuat masyarakatnya bersifat konsumerisme. Sehingga di zaman moden ini, dunia kita dipenuhi oleh orang - orang yang tamak dan serakah.
Suelo sendiri mengatakan bahawa sebenarnya gaya hidup masyarakat Amerika sudah menjadi gaya hidup yang konsumerisme. Dan jika semua orang hidup dengan gaya hidup seperti itu, maka dunia akan benar - benar runtuh. Pemikiran seperti itulah membuatnya memutuskan untuk meninggalkan duniawi.

Pengembaraannya di padang gurun Moab, akhirnya membawa Suelo ke sebuah gua ditepi tebing di Taman Negara Arches, Utah. Ia kemudian membina rumahnya di dalam gua yang berdimensi 200 mx 50 m itu.

Di dalam gua tersebut, Suelo membuat tempat tidur dari batu, memburu, mengais makanan, minum dari mata air, dan mandi di sungai.

Setiap pendaki yang singgah disambut untuk tinggal bersamanya. Di sana, Sueloberkongsi ’rumah’, buku-bukunya dan bunga liar serta bibit kaktus yang dia makan dengan para pendaki yang singgah.

Tak terasa, Suelo telah tinggal di sana selama 12 tahun.

Kehidupannya di alam terbuka ternyata mengilhamkan orang lain. Salah satunya adalah Mark Sundeen, sahabat Suelo.

Dulu, Sundeen menganggap Suelo sudah gila saat memutuskan untuk tinggal di gua.Namun, setelah Sundeen mengalami kejatuhan ekonomi pada tahun 2008, ia mulai mahal gaya hidup Suelo.

suelo jpg 1383511cl 8 (Gambar) Seorang Lelaki 12 Tahun Hidup Tanpa Wang??? Benarkah??

Akhirnya, Sundeen pun bertekad untuk mengikuti jejak Suelo. Sundeen mengikutiSuelo, dan sejak itu, Sundeen mula menulis sebuah buku mengenai kehidupan Suelo.Buku biografi gaya hidup Mark Suelo yang ditulis oleh Mark Sundeen berjudul ”The ManWho Quit Money”.

Sundeen menuliskan bahawa Suelo pada awalnya hidup dengan cara memburu makanan sendiri dan bergantung pada kemurahan hati orang lain. Ia tidak usah membayar cukai, bahkan Suelo pun tidak menerima bantuan daripada kerajaan.

Dalam bukunya, Sünden menulis kata-kata Suelo, ”Falsafah saya adalah dengan menggunakan apa yang diberikan dengan kemurahan hati atau yang sudah dibuang oleh orang lain.”

Suelo menambah bahawa di dunia kapitalis Amerika sekarang, masyarakat Amerikadireka sedemikian rupa agar bergantung pada wang. Mereka dipaksa untuk memiliki wang dan menjadi sebahagian dari dunia kapitalis. Hidup di luar dari itu adalah haram.

Berbekal pemikiran dan falsafah tersebut, Suelo tidak hanya meninggalkan wang saja,tapi juga SIM dan paspornya. Suelo juga mengubah namanya dari Shellabarger menjadi Suelo. Suelo adalah bahasa Sepanyol yang bermaksud `soil` atau tanah.

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info pelik dengan tajuk Seorang Lelaki Agak Pelik Hidup Tanpa Wang. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/seorang-lelaki-agak-pelik-hidup-tanpa.html?m=0. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 25/06/13

Belum ada komen untuk "Seorang Lelaki Agak Pelik Hidup Tanpa Wang"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman