Alhamdulillah.
Hanya itu yang mampu aku ucapkan, syukur ku ke hadrat Ilahi, sungguh
rancanganNya itu terbaik buat umatnya. Terima kasih ya Allah.Aku seorang
pelajar di sebuah IPTA, di Sabah. Sebagai seorang pelajar semester 1,
terasa kecil diri ini, dan diwajibkan mendiami asrama dan memaksa aku
untuk mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Antaranya adalah,
menghadirkan diri ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak
berjemaah mengikut jadual yang telah disusun oleh AJK asrama. Bagi
muslimah yang dalam keadaan uzur, terpaksa juga turun, dan mendengar
usrah.
Kisah
ku bermula apabila melihat seorang siswi yang sangat manis bertudung
labuh, sejuk mata memandang. Dia masuk ke masjid melalui pintu utama
muslimah, aku terpegun seketika. Ya Allah, mungkinkah begini rupa
bidadari syurgawi? Subhanallah. Terasa malu menyelinap dalam diri yang
menutup aurat ala kadar sahaja. Pernah terdetik ingin menggunakan tudung
labuh suatu masa dulu tapi kerana ingin ikut trend shawl, pashmina ala
hana tajima, niat itu terkubur.
Balik
dari solat berjemaah malam itu, aku berazam suatu hari nanti aku pasti
akan menutup aurat sepenuhnya. InsyaAllah. Dan sungguh, betul lah orang
kata, bila niat kita baik, pasti Allah SWT akan tolong dan bila kita
ingin jadi baik, Allah akan hantar orang yang baik untuk kita. Its true!
Seperti
rancangan Allah yang Maha Bijaksana, setiap hari Jumaat aku akan ‘
stayout ‘ ke rumah kakak ku berdekatan IPTA. Sambil mengisi masa cutiku
bersama anak buah yang baru dilahirkan, aku dapat menjimatkan belanja.
Sambil menyelam, minum air. Hehe. Tapi itu bukan lah persoalannya. Kakak
ku seorang muslimah yang juga menggunakan tudung labuh. Suatu hari, dia
keluar bersama suaminya untuk membeli barang dapur dan meminta aku
untuk menjaga anaknya. Semasa sedang menidurkan anak kecil itu, mataku
terpana pada sehelai tudung labuh hijau milik kakak ku yang tergantung
di penjuru biliknya. Selesai sahaja anak buahku tidur, aku ambil tudung
labuh itu dan memakainya. Aku melihat di depan cermin. Subhanallah. Aku
melihat diriku sangat perlukan tudung ini sebagai pelindung. Aku terkedu
lalu menangis. Ya Allah, kalau inilah yang Engkau rancangkan untukku,
permudahkanlah langkah ku dalam perjalanan menjadi seorang muslimah
sejati kelak. Aminnnn!
Secara
jujurnya, aku bukanlah seorang muslim yang baik, tapi aku ingin menjadi
baik dengan izinNya pasti. Selepas kesedaran itu, setiap hari yang aku
lalui seperti mengajak ku untuk yakin menggunakan tudung labuh itu. Aku
log in account Facebook ku, 1st status yang aku lihat berkenaan wanita
yang solehah. Ia makin menguatkan aku untuk teruskan niat suci ini.
Aku
teruskan pencarian artikel tentang aurat, wanita solehah dan khususnya
tips permulaan untuk menggunakan tudung labuh. Keyakinan ku bertambah
dengan sebuah hadis yang mengatakan, seorang ayah boleh menjadi lelaki
dayus sekiranya melihat saja anaknya tidak menutup aurat, something like
that. Aku terkedu. Ya Allah, mana mungkin aku sanggup sekiranya ayahku
terpaksa undurkan kaki bila dirinya layak ke JannahMu. Aku tidak
sanggup. Aku mahu dia merasakan nikmat JannahMu dengan amalan dan
redhaMu. Aminn!
Dengan
keyakinan dan pertolongan Allah, aku kuatkan diri juga menggunakan
tudung labuh untuk pertama kalinya. Pada masa itu ialah hari pertama
peperiksaan akhir semester 1. Banyak yang bermain di fikiran tapi semua
berjaya aku hadapi dengan mengingati Allah SWT sahaja. Ada yang
menyindir, memuji, tidak kurang juga yang memandang serong. Namun aku
kuatkan diri juga, kerana aku tahu hari itu akan berlalu tapi tidak azab
yang menanti di sana. Subhanallah, Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah
untuk kekuatan ini.
Hari
kedua menggunakannya, aku semakin selesa. Seorang kawanku bertanya,
kalau-kalau aku berasa panas dengan stoking tangan dan kaki. Ingin aku
katakan, azab di sana lagi panas tiada lawannya, namun demi menjaga
hatinya aku simpankan sahaja di dalam hati. Aku hanya tersenyum dan
berdoa, semoga kelak dia juga mendapat hidayah yang manis ini, aminn.
Dulu
sebelum menggunakan tudung labuh, aku hanya solat fardhu sahaja, dan
kadang-kadang tertinggal solat Subuh. Alhamdulillah, tudung ini sangat
memberi inspirasi untuk sesuaikan penampilan dengan ibadah. Aku mula
mencari artikel tentang solat sunat, zikir-zikir, menghafal doa iftitah
semula, puasa yang sunat boleh dilakukan. Dan aku mula berjinak-jinak
dengan dakwah di FB, twitter dan juga blog khususnya. Walaupun bukan
berilmu sangat, aku tertarik dengan ayat ini, ‘’ sampaikanlah walau
sepotong ayat ’’ dan juga ‘’ bantulah agama Allah, nescaya Allah akan
membantumu ‘’ . Aku pegang kata-kata ini, dakwah itu amanah. Walaupun
sering di ejek oleh kawan-kawan di FB, aku ambil sebagai pembakar
semangat sahaja. Aku Cuma tidak ingin dipersoalkan di akhirat kelak.
Kisah
ini bukanlah untuk berbangga diri atau ingin mengatakan diri ini sudah
cukup baik. Tapi ingin berkongsi sesuatu yang telah dirancangkan Allah
SWT. Islam tidak menjanjikan mudah, tapi Islam menjanjikan Jannah.
Sungguh, rancangan itu adalah terbaik untuk kita, let it flow dan
berpegang pada janjiNya. Bila diri terasa lemah, sentiasa ingatkan diri
dengan Jannah yang menanti. Anda pasti kuat. insyaAllah, Allah bersamamu
sahabatku. Semoga kita semua dapat hidayahNya dan semoga Jannah milik
kita kelak. Aminn. Doakan saya kuat dalam beristiqamah.
sumber: myibrah
Tajuk Paling Popular
Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini
Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa
dengan tajuk Kisah Seorang Pelajar IPTA. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/kisah-seorang-pelajar-ipta.html?m=0. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown - 20/06/13
Belum ada komen untuk "Kisah Seorang Pelajar IPTA"
Catat Ulasan