Memang Pelik!! itulah yang dapat dikatakan cuba bayangkan kanak-kanak berusia 11 tahun melakukan hubungan dengan wanita sebaya emaknya kemudian wanita tersebut mengandung pula jom baca kisah dibawah
WELLINGTON – Seorang budak berusia 11 tahun di New Zealand dilaporkan menjadi bapa kepada kanak-kanak dengan wanita 36 tahun, yang juga ibu kepada rakan sekolahnya.
WELLINGTON – Seorang budak berusia 11 tahun di New Zealand dilaporkan menjadi bapa kepada kanak-kanak dengan wanita 36 tahun, yang juga ibu kepada rakan sekolahnya.
Laporan semalam itu sekali gus menimbulkan persoalan mengapa wanita tidak boleh didakwa atas tuduhan merogol di negara itu.
Kaunselor di kawasan kes penganiayaan seks ke atas kanak-kanak itu
berkata, kes itu diketengahkan berikutan kurangnya tumpuan diberikan
kepada wanita yang menjadi penyebab keadaan itu, lapor akhbar New
Zealand Herald.
Kes itu turut memaksa undang-undang yang berkaitan disemak semula di
mana jenayah rogol bukan hanya dilaksanakan terhadap golongan lelaki
saja.
Menteri Undang-Undang, Judith Collins, berkata pihaknya akan menyiasat kes yang dilaporkan akhbar berkenaan.
“Kes ini mengetengahkan satu fakta yang penting. Saya akan meminta
nasihat pegawai sama ada kita perlu memindah undang-undang yang
berkaitan,” katanya.
Wanita dan budak berkenaan yang nama mereka tidak didedahkan, tinggal di daerah North Island di Auckland.
Pengetua sekolah kanak-kanak itu memberitahu New Zealand Herald bahawa
dia terkejut apabila kanak-kanak berkenaan memberitahu apa yang berlaku
ke atasnya.
“Anda tentu tidak akan sukakan saya,” kata pengetua itu mengingati apa yang kanak-kanak itu memberitahunya hujung tahun lalu.
“Dia (mangsa) berkata dia mengadakan hubungan seks dengan emak kepada rakannya dan ‘dia perlu menghentikannya’.
Mengikut Undang-Undang New Zealand, jenayah rogol hanya dilaksanakan
kepada lelaki yang jika didapati bersalah boleh membawa hukuman maksimum
penjara sehingga 20 tahun.
Wanita yang memaksa lelaki mengadakan hubungan seks boleh dituduh atas
kesalahan penganiayaan seksual yang membawa hukuman penjara maksimum 14
tahun.-relevensokmo.com
Tajuk Paling Popular
Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini
Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info pelik
dengan tajuk Budak 11 Tahun Jadi Bapa Kepada Anak Dengan Wanita 36 Tahun. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/budak-11-tahun-jadi-bapa-kepada-anak.html?m=0. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown - 28/06/13
Belum ada komen untuk "Budak 11 Tahun Jadi Bapa Kepada Anak Dengan Wanita 36 Tahun"
Catat Ulasan