Kuala Pilah: Seorang pegawai perubatan di Pusat Kesihatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Kuala Pilah maut selain motosikalnya turut terbakar selepas berlanggar dengan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 28.5, Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Kampung Ibol, Terachi, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Abd Aziz Sabran, 35, dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Nilai menaiki motosikal Kawasaki Ninja 250cc ke tempat kerjanya di UiTM cawangan Kuala Pilah sebelum bertembung sebuah kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger dari arah Kuala Pilah.
Akibat pertembungan itu, mangsa tercampak dan terseret beberapa meter, manakala motosikalnya pula terbakar akibat tangki petrol pecah dan menyebabkan mangsa melecur di pipi, dada dan paha.
Penduduk berhampiran yang juga saksi kejadian, yang enggan dikenali berusia 52 tahun berkata, ketika kejadian, dia berada di rumahnya di Kampung Ibol, di sini.
“Saya terperanjat apabila terdengar dua kali dentuman yang kuat dari arah jalan raya di hadapan rumah.
“Saya berlari ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki terbaring kaku di jalan raya bersama sebuah motosikal yang terbakar. Beberapa minit kemudian, anggota bomba tiba ke tempat kejadian bagi memadamkan api,” katanya.
Sementara itu, penumpang kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger itu, Rosliani Singgah, 26, berkata ayahnya Firdaus Singgah Sulim, 57, dalam perjalanan untuk menghantar dia dari Kampung Langkap, Tanjung Ipoh, di sini, ke tempat kerja di Klinik Kesihatan Terachi. “Sebelum kejadian, lorong sebelah kanan (arah Seremban ke Kuala Pilah) agak sesak sedikit. Saya melihat penunggang motosikal itu cuba memotong kenderaan yang berbaris panjang sebelum memasuki lorong kami dan bertembung.
“Ayah cuba mengelak tetapi tidak sempat sebelum kenderaan ayah mengheret motosikal lelaki terbabit dan pada masa sama, api mula menyambar motosikal,” katanya yang masih trauma.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintandan Azmi Abd Rahim mengesahkan kejadian itu.
Tajuk Paling Popular
Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini
Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa
dengan tajuk Kemalangan Motosikal Terbakar Bersama Penunggangnya. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/kemalangan-motosikal-terbakar-bersama.html?m=0. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown - 27/06/13
Belum ada komen untuk "Kemalangan Motosikal Terbakar Bersama Penunggangnya"
Catat Ulasan