Semua orang pernah menghidap sakit kepala terutamanya sewaktu kita mempunyai masalah. Tetapi tahukah kita apakah jenis sakit kepala yang kita sedang hadapi itu?
Pada dasarnya ada 4 jenis sakit kepala, yang penekanannya bermula daripada bagaimana rasa sakit itu dihasilkan. Menurut Clinical Methods, rasa sakit juga boleh terjadi pada setiap bahagian kepala, termasuk kulit, otot-otot, pembuluh darah, sinus, struktur gigi, dan saraf-saraf wajah.
STRESS
Sakit kepala di atas adalah berpunca daripada tekanan atau stress yang sedang kita alami. Rasa sakit kepala berlaku disebabkan ketegangan otot di di bahu, leher, kulit kepala, atau rahang.Kesakitannya seperti ada yang memerah kepala anda.
CLUSTER
• Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur, manakala migraine tipikal lebih biasa berlaku di kalangan wanita.
• Sakitnya hanya mepiluti sebelah bahagina kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi dibelakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama.
• Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.
• Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam.
• Sakit yang menyebabkan seseorang terbangun daripada tidur dan berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti. Menyerang hampir pada waktu yang sama setiap hari, untuk beberapa minggu atau bulan.
• Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata yang berair.
SINUS
Kesakitan yang dirasai adalah hasil dari tekanan dalam sinus tengkorak. Kesakitan tertumpu dibelakang dahi dan tulang pipi. Ianya disebabkan oleh jangkitan (bakteria atau virus) ataupun alergi.Tanda tanda bahawa anda mempunyai jangkitan sinus ialah:
• Keluar cairan berwarna hijau dari hidung anda lebih dari 7 hingga 10 hari.
• Selsema atau hidung tersumbat.
• Rasa seperti sesuatu sedang menutup telinga.
• Bengkak di wajah.
• Selsema atau hidung tersumbat.
• Rasa seperti sesuatu sedang menutup telinga.
• Bengkak di wajah.
• Rasa sakit di gigi
MIGRAIN
• Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas.
• Sakit dirasai disebelah bahagian sahajapada satusatu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.
• Sakitnya berdenyutdenyut dan selalunya berlaku secara perlahan- lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama.
• Sakit mungkin menyerang sekali dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan, Migrain biasanya berlarutan selaman beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.
• Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan seringkali disertai rasa loya dan muntah-muntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini.
• Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap migrain.
Hati-hatilah bila anda sering mengalami sakit kepala. Gangguan kesihatan yang kita anggap remeh ini sebenarnya boleh menjadi salah satu gejala dari penyakit yang lebih serius.-selangor2u.com
Tajuk Paling Popular
Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini
Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info kesihatan
dengan tajuk Empat Jenis Sakit Kepala Yang Sering Berlaku. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL https://gempaqgiler.blogspot.com/2013/09/empat-jenis-sakit-kepala-yang-sering.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown - 20/09/13
Belum ada komen untuk "Empat Jenis Sakit Kepala Yang Sering Berlaku"
Catat Ulasan