SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Kemaluan Gadis Dipegang Ketika Tidur Dalam Keretapi

“Pada mulanya saya cuba abai namun beberapa minit kemudian tangan itu kembali menjalar ke atas tubuh saya,” kata seorang penumpang wanita yang menjadi mangsa cabul di dalam koc tempat tidur Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), kelmarin.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Aishah, 26, berkata, kejadian berlaku ketika dia tidur selepas kereta api bertolak dari dari Stesen Sentral Kuala Lumpur ke Singapura jam 10.30 malam kelmarin.

“Saya sering membeli tiket untuk katil di bahagian bawah koc kerana ia lebih selesa dan memudahkan saya sepanjang perjalanan pulang ke kampung di Labis, Johor.

“Selepas 20 minit kereta api bergerak, seorang petugas KTMB masuk ke dalam koc untuk menjual makanan dan minumanKetika itulah saya menyedari seorang penumpang lelaki di atas katil saya,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mencurigai penumpang lelaki itu dan menyambung tidur selepas selesai makan.“Namun pada jam 2 pagi, saya tersedar apabila terasa alat sulit saya diraba.Saya dapati ada tangan menyusup masuk dari celah langsir katil saya.

“Apabila menyedari saya terjaga, suspek segera menarik keluar tangannya.Walaupun terkejut dengan kejadian itu, namun saya membuat keputusan mengabaikannya,” katanya.

Dia bagaimanapun terkejut apabila tangan itu kembali muncul dari celah langsir katil dan cuba meraba tubuhnya sekali lagi.“Akibatnya saya menjerit sambil menepis tangan itu.

Saya percaya ia dilakukan penumpang lelaki yang berada di atas katil saya,” katanya.“Berang dengan perbuatan tidak senonoh individu itu, Aishah memaklumkan kejadian berkenaan kepada kakitangan KTMB menyebabkan suspek lelaki itu ditahan sebelum diserahkan kepada polis sebaik tiba di Stesen Labis pada jam 5 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, seorang lelaki berusia 21 tahun berasal dari Kluang, Johor diserahkan kepada pihaknya oleh kakitangan KTMB selepas mendapat aduan daripada mangsa.

Katanya, pihaknya menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan termasuk menjalankan ujian air kencing ke atas suspek sama ada suspek di bawah pengaruh dadah atau sebaliknya ketika kejadian.

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Kemaluan Gadis Dipegang Ketika Tidur Dalam Keretapi. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2014/06/kemaluan-gadis-dipegang-ketika-tidur.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - 10/06/14

2 komentar untuk "Kemaluan Gadis Dipegang Ketika Tidur Dalam Keretapi"

Geng Blogger

Putera Izman