SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Luahan Wanita Yang Menyesal Berkahwin

Saya gadis berusia 26 tahun dan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati pada pertengahan 2013. Suami anak lelaki tunggal dalam keluarga dan dia tinggal di utara bersama mentua.Sebelum berkahwin, kami pernah berbincang mengenai perancangan masa depan, namun sehing­ga kini suami keberatan untuk berjauhan dari keluarganya.

Justeru, dia meminta saya mempertimbangkan permintaannya untuk tinggal bersama ibu bapa­nya, sedangkan dia tahu ibunya tidak menyukai saya.Saya berat hati dan enggan berpindah dari Kuala Lumpur ke utara kerana bimbang sebaik tinggal bersama mentua, hubungan kami akan bertambah buruk.

Saya bimbang jika terus tinggal bersama, ada saja yang tidak kena pada matanya dan dijadikan alasan untuk memburuk-burukkan saya di depan suami.Saya mula rasa menyesal dan tertipu dengan janji suami untuk hidup berdikari. Patutkah saya mengalah dalam soal ini?

GEENA
Kuala Lumpur

Tidak salah rasanya puan mengalah demi kesejahteraan ibu mentua serta suami. Dengan melakukan sedikit pengorbanan, diharap hubungan puan dengan ibu mentua bertambah baik. Mung­kin itu perancangan suami supaya hubungan puan serta ibunya bertambah baik. Seharusnya puan menghargai usaha murni suami. Dapatkan nasihat suami mengenai perkara disukai serta dibenci ibu mentua supaya puan dapat sedikit gambaran dalam memujuknya.

Hati ibu mentua tentu ibarat kerak nasi, kalau direndam dalam air, lama-lama akan lembut juga.Terletak kepada kesungguhan saudari untuk memikatnya. Itu tanggungjawab puan sebagai menantu. Mengasingkan diri mahupun mengelak tidak akan mengubah keadaan.

Jangan memberi tekanan kepada suami kerana kewajipannya terhadap ibu bapa jauh lebih besar daripada puan. Hargai ibu mentua dan asuh diri untuk lebih banyak bersabar.

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info perkahwinan dengan tajuk Luahan Wanita Yang Menyesal Berkahwin . Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2014/06/luahan-wanita-yang-menyesal-berkahwin.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - 1/06/14

3 komentar untuk "Luahan Wanita Yang Menyesal Berkahwin "

  1. Tanpa Nama5.6.14

    Pada pndpt saya,tk sharusnya anda mnyesali setiap pilihan yg anda buat.sbb prtama itu adalh pilihan anda sndri.shrusnya anda mncuba mnghdpi sbrg stuasi baik maupn sbliknya.cuba brhdpan dn mnyelesaikn stiap mslh yg mndtg dn mnta suami mnyokong stiap niat anda tnpa brat sblah krna itu adalh prmntaannya tggl brsma ibu mrtua.anda hrus mmprsiapkn dri dgn pnuh ksbran dn sdkt ktgasan.mnta sokongan suami anda dgn mmahami sprti mnarik bnang dlm tpung.klau anda syangkn suami anda lkukn lh dsmping trus brdoa kpd allah agr dprmdahkn prjln hdup anda.

    BalasPadam

Geng Blogger

Putera Izman