SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Kisah Benar Gadis Cantik Mati Dalam Keadaan Hina

Terdapat kisah benar berlaku di Iskandariah Mesir, seorang wanita muda menghina hukum Allah SWT bab menutup aurat dan mencabar kekuasaan Allah SWT akhirnya mati dibakar di dunia ini lagi.


Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah Mesir. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.


Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.

Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah Rasu-lNya SAW. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Sahabat yang dimuliakan,
Bertaubatlah kita kepada Allah SWT kerana kematian akan datang bila-bila masa. Kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang kufur, siapakah orang yang kufur itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti seseorang ingin melawan arahan Tuhan. Jangan cuba mencabar Allah SWT dan menghina ajaran Islam pasti balasannya akan di terima di dunia lagi dan di akhirat telah tersedia seksaan api neraka yang amat dahsyat.
   



Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info agama dengan tajuk Kisah Benar Gadis Cantik Mati Dalam Keadaan Hina. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL https://gempaqgiler.blogspot.com/2013/08/kisah-benar-gadis-cantik-mati-dalam.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 26/08/13

21 komentar untuk "Kisah Benar Gadis Cantik Mati Dalam Keadaan Hina"

  1. Tanpa Nama26.8.13

    Allah lagi mgetahui sgala2 nya..kita mnusia hnya mnumpang sja d bumi Allah..

    BalasPadam
  2. hamba Allah27.8.13

    Allah Maha Bkuasa....Walau byk dosa kita jgnlh kita sesekali ptikai hukum Allah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama14.10.13

      Buat baik dibalas baik

      Padam
    2. Tanpa Nama3.1.14

      Astagfirullahh...

      Padam
  3. Tanpa Nama9.9.13

    ya allah..jauhkan umat islam mu dri seksamu..berkatila hdip hmbamu..berikan nurmu ya allah..

    BalasPadam
  4. Selamat kn la kmi ya Rabb..di dunia mau pun akhirat. .

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama16.9.13

    Slamat kanlah kami YA ALLAH! Di dunia mau pun di akhirat

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama20.9.13

    Jgan sesekali kte memperkecilkn kuasa allh..sesungguhnye due yg maha kua dn maha menentukn segala2nye...

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama9.10.13

    Allah mahA mengetahui dn maha kuasa apaun yg akan Ia kehendaki maka terjadilah padA saat itu juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama6.11.13

      Sampai hati diaorang hina islam macam tu! Aku tak nak mengaku yang diaorang tu saudara seislam ku! Sampai mati pun aku takkan ngaku!!

      Padam
  8. Tanpa Nama6.11.13

    Takutnya..

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama6.11.13

    Ish3.. Apa perasaan diaorang sewaktu melafazkan hinaan tu? Kecut perut kah? Atau berasa bangga? :-(

    BalasPadam
  10. Hukum Allah swt itu pasti, sesungguhnya Allah itu Maha Besar!

    BalasPadam
  11. Hukum Allah swt itu pasti, sesungguhnya Allah itu Maha Besar!

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama27.12.13

    Nauzubillah...biadap btol wanita trsbut brkata...sprti itu..maka turunlah...laknathullah...!

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama3.1.14

    Astagfirullah..

    BalasPadam
  14. harap yg diceritakn ni bukan mereke-reke la...erm innalillahwainailaihirojiun..

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama27.4.14

    Astagfirullah,,,allah mha tau & allah mha besar,,,

    sngat terktu mulut gadis tu,,,dia trmkan kta"dia sndri,,,mulut mu hari mau mu,,,

    BalasPadam
  16. Fathiya rabiah17.9.14

    Allah maha satu ,allah tidak terbtas allah tidak diperankan
    marilah kita mengejar amalan dunia sementra roh masih ad d dlam bdan... allahuakbar...5x

    BalasPadam

Geng Blogger

Putera Izman